Siakap Keli
pesawat qatar airways
Gambar: Aerotime Hub, Twitter JACDEC

Pesawat Qatar Airways Rempuh Tiang Lampu, Alami Kerosakan Sayap Kanan

Sebuah pesawat Qatar Airways, Boeing 777-200F Kargo mengalami kerosakan pada bahagaian sayap kanan selepas merempuh tiang lampu, lapor Aerotime Hub.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago-O’Hare (ORD) di Amerika Syarikat pada 5 Ogos baru-baru ini.

Ketika itu, pesawat dengan nombor pendaftaran A7-BFH, baru sahaja melakukan penerbangan QR8141 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta Hartsfield-Jackson (ATL) menuju ke Chicago.

Sayap bahagian kanan pesawat berkenaan terkena kepada tiang lampu di landasan 10C.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh JACDEC di laman Twitter, ia memaparkan kerosakan yang berlaku pada pesawat berkenaan.

Bagaimanapun menurut jurucakap Qatar Airways seperti yang dilapor Aerotime Hub, punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.

Sumber: Aerotime Hub

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?