Siakap Keli
kepala wanita ditemui dalam kotak freezer
Gambar: Daily Star

Kartel Dadah Mengganas, Kepala Wanita Ditemui Dalam ‘Freezer’, Mayat Dibungkus Selimut

Kepala milik seorang wanita ditemui dalam kotak ‘freezer’ selepas mayatnya dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan selimut dalam kejadian di Mexico baru-baru ini, lapor Daily Star.

Difahamkan, kepala wanita itu dijumpai di sebelah taman awam oleh penduduk tempatan yang tinggal di Eco 2000 di Ciudad Juarez, Chihuahua pada Ahad.

Saksi kemudiannya menghubungi pihak polis tempatan berhubung penemuan kepala wanita berkenaan.

Menurut penyiasat, kepala yang dipenggal itu dipercayai milik salah seorang wanita daripada dua mayat yang dibuang di kawasan kejiranan Misiones de Creel di situ.

Tambahan pula, kotak freezer berkenaan diletakkan di atas jalan dan ditemui di belakang sebuah trak, sama seperti penemuan dua mayat yang dibungkus dengan selimut dalam satu tragedi di Paseos del Alba sebelum ini.

Sementara itu, pakar forensik sedang berusaha mendapatkan bukti di lokasi kejadian, manakala kepala wanita dan freezer berkenaan dibawa ke unit perubatan forensik di hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut laporan Daily Star lagi, penemuan ngeri itu berlaku ketika kejadian-kejadian jenayah dan keganasan kian berlaku di bandar itu akhir-akhir ini.

Gambar: Daily Star
kepala wanita ditemui dalam kotak freezer
Gambar: Daily Star

Keganasan kartel dadah meningkat

Difahamkan, penemuan mayat yang ‘dilupuskan’ sama ada dibungkus dalam selimut atau dipotong-potong yang berlaku di sekitar bandar itu menyumbang kepada peningkatan keganasan kartel dadah.

Jenayah dadah di sana nampaknya semakin mengganas selepas Timbalan Pengarah Baharu Polis Perbandaran Culiacan, Juan Miguel Silva Alvarado dibunuh oleh kumpulan kartel dadah paling berkuasa di Mexico, Sinaloa.

Juan Miguel terpaksa melalui detik hitam nyawanya berakhir di tangan penjenayah apabila dia dibunuh oleh kumpulan kartel dadah berkenaan hanya beberapa jam selepas dilantik menjawat jawatan penting itu.

Ketika kejadian itu, Juan Miguel sedang dalam perjalanan bersama konvoi tiga kereta peronda polis sebelum mereka dihalang oleh sekumpulan ahli kartel Sinaloa di luar sebuah bangunan pejabat.

Pegawai polis dalam konvoi itu serta pengawal peribadi Juan Miguel sendiri diminta menyerahkan senjata api mereka sebelum timbalan pengarah itu cuba melarikan diri.

Bagaimanapun usaha Juan Miguel yang melarikan diri dari kereta konvoi peronda berkenaan dan memasuki sebuah bangunan berdekatan untuk bersembunyi akhirnya mengundang padah apabila dia ditembak mati di situ.

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?