Siakap Keli
Korea banjir

Korea Banjir, Alami Hujan Terburuk Sejak Beberapa Dekad

Korea Banjir, Alami Hujan Terburuk Sejak Beberapa Dekad

Beberapa kawasan di Seoul dilaporkan telah dinaiki air pada Isnin (8 Ogos) ketika hujan lebat melanda ibu kota Korea Selatan, sehingga menenggelamkan kenderaan dan menyebabkan pemindahan.

Gambar dan video yang tersebar di media sosial menunjukkan jalan raya telah dinaiki air dengan penumpang mengharungi hujan, serta air deras mengalir menuruni anak tangga setesen kereta api bawah tanah.

Pengguna Twitter @evh5150 juga berkongsi bawaha terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan Gangnam.

Korea banjir

Menurut agensi berita Yonhap, sehingga 170mm hujan turun di wilayah tengah negara pada hari Isnin, termasuk kawasan ibu kota.

Seoul menerima 90.5mm hujan setakat 8 malam waktu tempatan. Daerah Dongjak di selatan Seoul juga merekodkan 137mm hujan sejam, hujan terburuk dalam beberapa dekad, tambah laporan berkenaan.

Sumber: CNA

Nur Farra