Siakap Keli
Berusia 70 Tahun
Kredit India Today

54 Tahun Menanti, Pasangan Warga Emas Umur Lebih 70 Tahun Timang Cahaya Mata Pertama

54 Tahun Menanti, Pasangan Warga Emas Umur Lebih 70 Tahun Timang Cahaya Mata Pertama

Seorang lelaki berusia 75 tahun dan pasangannya yang berumur 70 tahun menyambut kelahiran anak pertama mereka di daerah Alwar Rajasthan pada hari Isnin, iaitu 54 tahun selepas mereka berkahwin. Pasangan warga emas itu menjadi ibu bapa dengan kaedah rawatan persenyawaan in Vitro (IVF).

Bayi lelaki itu dilahirkan di Pusat Bayi Tabung Uji Indo IVF, satu-satunya pusat IVF berdaftar di Alwar.

“Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, Gopichand datang ke pusat ini bersama saudaranya, Chandrawati dan Gopi Singh Chandravati Devi yang tinggal di sebuah kampung berhampiran sempadan Haryana di Jhunjhunu Rajasthan. Pasangan itu juga pergi ke beberapa bandar metropolitan untuk mendapatkan rawatan. Tetapi sia-sia. kata pakar IVF Dr Pankaj Gupta.

“Chandrawati hamil sembilan bulan lalu dalam percubaan ketiga rawatan IVF. Di sebalik kegembiraan, ada juga ketakutan kerana usianya sudah lanjut. Tetapi akhirnya pada hari Isnin, dia selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat,” kata pakar IVF di pusat berkenaan, Dr Pankaj Gupta.

Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan berat bayi tersebut lebih kurang 3.5 kilogram. Gopi Singh ayah kepada bayi tersebut merupakan seorang pesara askar yang berkhidmat di kampung Nuhaniya, Jhunjhunu.

Pasangan itu bernasib baik kerana hamil sebelum Parlimen India meluluskan satu undang-undang berkaitan rawatan IVF yang berkuat kuasa pada Jun lepas. Menerus undang-undang berlenaan, tiada pusat rawatan IVF dibenarkan menawarkan rawatan kepada wanita dan lelaki yan berusia lebih 50 tahun.

BACA: Air Hujan Di Seluruh Dunia Kini Tidak lagi Selamat Untuk Diminum, Tinggi Bahan Kimia PFAS

Sumber: India Today

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka