Siakap Keli
Tembak Mati Kekasih Depan Sami
Gambar : Thaiger

Tak Tahan Kena Dera, Wanita Nekad Tembak Mati Kekasih Depan Sami

Tak Tahan Kena Dera, Wanita Nekad Tembak Mati Kekasih Depan Sami

Seorang wanita di Thailand mengaku telah menembak mati teman lelakinya di hadapan seorang sami kerana tidak tahan didera, lapor Thaiger.

Suspek yang berusia 40 tahun itu telah menembak teman lelakinya di bahagian dada dan perut semasa mangsa sedang menawarkan makanan kepada seorang sami di hadapan kedainya di Pasar Si Moom Mueng di wilayah Pathum Thani di Bangkok.

Polis telah dipanggil ke tempat kejadian dan menahan wanita tersebut. Polis turut merampas pistol dan peluru yang digunakan dalam kes tersebut.

Pihak polis mendapati pistol yang digunakan ialah pistol jenis CZ 9 milimeter.

Suspek dilaporkan memberitahu kepada pihak polis bahawa mereka telah menjalinkan hubungan selama empat tahun namun belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Tambahan lagi dia mengaku dia menembak teman lelakinya kerana tidak tahan sering didera dan dibuli.

Menurut pelaku, mangsa turut sempat mengugutnya pada hari kejadian.

Selain itu, suspek juga mengaku dia akan membunuh diri dengan pistol yang sama tetapi berjaya dirampas oleh wanita Laos, 27 yang bekerja di kedai yang sama.

Wanita tersebut mendedahkan bahawa mangsa sedang menawarkan makanan kepada seorang sami semasa dia ditembak di hadapan sami tersebut.

Suspek dilaporkan masih belum lagi didakwa oleh pihak polis namun mengikut Seksyen 288 Akta Kesalahan Menyebabkan Kematian, sesiapa yang membunuh orang lain akan dihukum mati dan dipenjarakan selama 15 hingga 20 tahun.

Suspek juga mungkin akan dihadapkan dengan pertuduhan tambahan Kesalahan Menyebabkan Kematian, Seksyen 289, yang mengakibatkan hukuman mati kerana merancang pembunuhan sebelum melakukannya.

Sumber: Thaiger

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa