Siakap Keli
12 Perkara
Kredit Help Desk Geek

Kad SIM Telefon Selalu Tak “Detect”? 12 Langkah Ini Mungkin Boleh Selesaikan Masalah

Kad SIM anda tidak dikesan, lakukan 12 perkara ini untuk atasi masalah itu

Pernah tak, ketika anda cuba menyambung rangkaian pada telefon bimbit, entah dimana silapnya tiba-tiba kad SIM telefon tidak berfungsi? Atau

Ataupun, ketika menghidupkan skrin telefom bimbit, anda mendapat notifikasi ralat yang menyatakan bahawa kad sim anda tidak dapat dikesan atau tidak terhubung?

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa punca biasa yang mungkin menyebabkan kad SIM tidak berfungsi dengan baik.

Selain itu, kami turut berkongsi beberapa penyelesaian yang mungkin dapat menyelesaikan masalah yang dialami anda semuanya.

1. Keluarkan dan masukkan semula kad SIM

Kad SIM mungkin sedikit terkeluar slotnya dan ia gagal menyambung dengan penyambung dalaman telefon. Ini selalunya berlaku apabila telefon anda terjatuh dari tempat yang tinggi.

Keluarkan SIM dan letakkan semula dalam slotnya. Bergantung pada peranti, anda mungkin memerlukan klip untuk membuka slot kad sim.

2. Bersihkan kad SIM dan slot kad

Bersihkan slot kad SIM dari habuk kerana ia boleh mengganggu sambungan. Selain menggunakan udara mampat yang ditiupkan ke ruang slot, anda juga boleh menggunakan kain mikrofiber yang bersih bagi membersihakan kad SIM. Bersihkan peranti anda selalu untuk mengelak dari berlaku kerosakan.

3. ‘Reboot’ semula peranti 

Jika telefon  tidak dapat membaca kad SIM atas sebab tertentu, reboot mungkin boleh menyelesaikan masalah tersebut. Banyak proses berjalan secara latar belakang, tidak kira bagi Android atau iOS, jadi beberapa aplikasi mungkin boleh ‘bertembung’ antara satu sama lain atau memberi tekanan kepada perkakasan telefon.

4. Kemaskini peranti anda

Jika versi iOS atau Android telefon sudah lapuk, anda mungkin akan menghadapi ralat berkaitan kad SIM. Sambungkan peranti dengan internet dan lakukan kemas kini jika sistem tersedia.

Notifikasi akan masuk sekiranya telefon anda diperlukan untuk kemas kini. Sebelum kemas kini pastikan bateri telefon mencukupi kerana proses kemas kini mengambil masa yang sedikit lama.

5. Buka dan tutup semula mod pesawat pada peranti

Mungkin terdapat pelbagai gangguan yang susah untuk dikesan berlaku pada peranti, yang boleh menghalang telefon daripada menyambung ke rangkaian. Hidup dan matikan mod pesawat berulang kali mungkin menyelesaikan masalah gangguan ini.

6. Cuba guna peranti yang lain

Untuk mengetahui masalah yang terjadi, cuba masukkan kad SIM ke dalam telefon yang lain. Jika ia masih tidak berfungsi, mungkin kad SIM anda yang bermasalah.

7. Hubungi bahagian teknikal syarikat pengeluar peranti

Jika anda sering menukar pembekal perkhidmatan telco atau telefon, anda mungkin menghadapi pelbagai isu dengan kad SIM atau telefon. Dalam kes ini, tindakan yang paling mudah adalah menghubungi pembekal perkhidmatan atau pengilang peranti untuk mendapatkan bantuan profesional.

8. Adakah kad SIM aktif?

Ini berkaitan dengan langkah ketujuh dalam panduan penyelesaian masalah asas ini. Apabila anda bercakap dengan pembekal perkhidmatan rangkaian, tanya sama ada kad SIM sudah diaktifkan atau tidak. Jika tidak, hanya syarikat pembekal perkhidmatan telco sahaja yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Penyelesaian masalah lanjutan

Jika langkah di atas tidak menyelesaikan masalah ‘tiada SIM’, sudah tiba masanya untuk mencuba beberapa kaedah yang lebih teknikal.

9. Tetapkan semua tetapan rangkaian 

Jika telefon anda tidak dikonfigurasikan dengan betul, cuba tetapkan semula tetapan rangkaian. Kadangkala gangguan rangkaian boleh menghalang kad SIM daripada berfungsi dengan betul, jadi menetapkan semula tetapan rangkaian kepada keadaan lalai akan menyelesaikan masalah ini.

Jangan risau, pilihan set semula ini tidak akan merosakkan data anda atau membuat sebarang perubahan berkaitan sistem.

Untuk iOS pergi ke Setting>General>Resest kemudian pilih Reset Network Setting di menu pilihan.

Untuk Android pergi ke Settings>General Management>Reset>Reset Network Setting dan tekan butang Reset Setting.

10. Kemas kini tetapan pembawa

Jika pembekal perkhidmatan rangkaian mudah alih membuat beberapa perubahan pada tetapannya, anda perlu mengemas kini tetapan pembawa telefon anda.

Biasanya, kemas kini jenis ini harus dilakukan secara automatik, tetapi beberapa gangguan dan proses latar belakang mungkin memaksa anda untuk melakukan kemas kini secara manual.

Untuk iOS- Pergi ke Settings>General>About dan navigasi ke maklumat tentang pembawa anda. Tunggu dan ‘pop up’ akan muncul yang meminta untuk anda kemas kini tetapan pembawa.

Untuk Android selalunya akan keluar notifikasi kemas kini secara automatik anda hanya perlu menekan untuk telefon anda kemas kini.

11. Factory reset

Jika anda rasa kad SIM anda masih elok dan sudah mengujinya dengan memasukkannya ke peranti yang lain, mungkin anda perlu untuk melakukan ‘reset factory’. Sebelum melakukan, pastikan anda membuat simpanan data kerana semuanya akan dipadam semasa proses ini dilakukan.

12. Dapatkan kad SIM baharu

Jika semua langkah yang diberi masih tidak berkesan. Langkah terbaik adalah anda beli sahaja kad SIM yang baharu. Mungkin tiada masalah dengan telefon anda, jadi pergi terus ke kedai dan minta tukar ke kad SIM yang baharu.

Sumber: Help Desk Geek

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka