Siakap Keli
Wanita Maut Dibunuh Bekas Suami
Gambar via NDTV

Didakwa Asyik Jaja Kisah Trauma Hingga Bercerai Di Tik Tok, Wanita Maut Dipercayai Dibunuh Bekas Suami

Seorang wanita kacukan Pakistan-Amerika dilaporkan maut dipercayai dibunuh oleh bekas suami kerana didakwa sering memuat naik video berkenaan trauma yang dialami dalam pernikahannya hingga membawa kepada penceraian di aplikasi Tik Tok. 

Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada bulan lalu apabila mangsa bersedia untuk meninggalkan Chicago dan menuju ke Tennessee ditembak suspek menggunakan pistol.

Bekas suaminya itu dipercayai bergerak dari Georgia dan mencari mangsa di Chicago untuk menyelesaikan ‘masalah’ tersebut.

Menurut laporan, pihak polis tiba di tempat kejadian pada jam 4.30 petang, 18 Julai dan menemui mayat mangsa dan seorang lagi individu dipercayai suami kepada wanita itu dengan kesan tembakan. 

Di Tik Tok, mangsa telah muncul sebagai wakil kepada suara wanita yang berdepan dengan trauma dalam perkahwinan dan menentang stigma dihadapi apabila bercerai. Berita kematian wanita berkenaan mengejutkan banyak pihak.

“Dia ada berkata, usia 29 tahun ini akan jadi tahun yang baik untuk dirinya dan permulaan hidup yang baru. 

“Manga juga seorang yang pasti akan menghulurkan bantuan jika anda memerlukannya,” kata-kata dari beberapa kawan mangsa yang dianggap sebagai kawan baiknya. 

Dalam pada itu, mangsa juga sangat aktif di aplikasi Instagram di mana dia telah meraih pengikutnya dengan kerjayanya sebagai jurufoto perkahwinan, gambar kehamilan, ‘baby shower‘ dan banyak lagi. 

Menerusi perkongsian dalam salah satu video Tik Tok miliknya, dia mendakwa telah disisihkan komuniti dan keluarganya sendiri serta menggambarkan dirinya dijadikan ‘kambing hitam’ masalah tersebut.

“Penceraian sebagai seorang wanita Asia Selatan kadang-kala akan membuatkan anda rasa anda gagal dalam hidup,” salah satu catatan mangsa, lapor BBC menerusi NDTV. 

Mangsa dikatakan mempunyai lebih kurang 20,000 pengikut di aplikasi perkongsian video tersebut. 

BACA: Tetamu Terkejut Besar, Pengantin Lelaki Tayang Video Curang Bakal Isteri Dengan Abang Ipar Di Skrin Besar Masa Sanding

Sumber: NDTV

Faiz Mustafa