Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Doktor ‘Suspected’ Ada Kuman Serang Otak Ainul – Bapa

Aqmal Ezany
Ada Kuman Serang Otak Ainul
Gambar: Ahmad Safiuddin/ Nurul Erwani

Doktor ‘Suspected’ Ada Kuman Serang Otak Ainul – Bapa

Baru-baru ini, telah tular berkenaan keadaan adik Ainul Mardhiah yang semakin ‘teruk’ akibat daripada jangkitan kuman yang dialaminya.

Ainul Mardhiah pernah dilaporkan media sebelum ini diserang sawan berulang kali namun keadannya kembali pulih selepas mendapat rawatan awal daripada pihak perubatan.

Terbaru, bapa kepada Ainul menerusi perkongsian di Facebook miliknya menyatakan bahawa doktor telah mengesyaki terdapat kuman yang sedang menyerang otak anaknya itu.

Hal itu telah membuatkan Ainul diserang sawan yang sangat luar biasa.

“Doktor suspected ada virus/kuman menyerang otak Ainul sebab itu dia mengalami sawan yang luar biasa,” tulisnya.

Pun begitu, menurutnya. mereka kini masih lagi sedang menunggu keputusan sample yang diambil.

Sumber: Ahmad Safiuddin

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”