Siakap Keli
Gambar: Tyla

Wanita Dilapor Sudah 15 Kali Jalani Pembedahan, Obses Nak Jadi Kim Kardashian

Wanita Dilapor Sudah 15 Kali Jalani Pembedahan, Obses Nak Jadi Kim Kardashian

KOREA SELATAN – Seorang wanita di Korea Selatan sanggup membelanjakan sejumlah wang sebanyak £50,000 (RM269,862) untuk buat pembedahan plastik dan rawatan kosmetik agar kelihatan seperti Kim Kardashian, lapor Independent UK.

Cherri Lee atau nama asalnya Hanbyeol, dilaporkan telah menjalani beberapa pembedahan di bahagian muka dan badan untuk menukar ciri dan bentuk tubuh badannya sama dan persis seperti selebriti terkenal Kim Kardashian.

 

Wanita yang berusia 28 tahun itu berkata, dia telah menjalani sebanyak 15 kali pembedahan dalam tempoh lapan tahun, termasuklah dua pembesaran payudara dan pembedahan untuk membesarkan kelopak mata serta banyak lagi.

Wanita itu yang juga merupakan seorang guru bahasa Inggeris sambilan berkata, “saya sentiasa mahukan ‘payudara besar dan memiliki rupa seperti Kardashian yang popular,” katanya.

Dia juga menambah, “Kim sentiasa menjadi inspirasi kepada saya dan dia adalah wanita paling cantik di dunia di mata saya,” katanya lagi.

Dia juga turut mengaku menjadi “ketagih dengan pembedahan” kerana setiap kali dirinya menghadapi masalah, dia akan melihat perubahan positif dan amat menyukai tubuhnya yang berjaya dibuat pembedahan plastik.

 

 

Menurut laporan, penampilannya telah berubah secara drastik sehingga beberapa ahli keluarganya hampir tidak mengenali dirinya.

Di khalayak ramai, wanita tersebut berkata kadangkala orang ramai sering menyamakannya sebagai bintang ‘The Kardashians’ apabila melihatnya dari belakang.

“Saya mendapati orang ramai akan melihat dari belakang, memikirkan saya tidak dapat mendengar mereka, bertanya antara satu sama lain jika saya adalah Kim,” ujarnya.

“Saya juga mendapati mereka mengatakan saya sepatutnya menjadi kembarnya. Terdapat ramai yang kelihatan seperti Kim, tetapi saya berasal dari latar belakang Asia, jadi ia memerlukan lebih banyak usaha,” ujarnya lagi.

Wanita tersebut menjalani pembedahan pertamanya selepas putus cinta pada tahun 2014 lalu kerana pada masa itu, wanita itu merasakan ‘keyakinannya berada di tahap paling bawah’ untuk berubah menjadi seorang wanita yang cantik.

Bagaimanapun, wanita tersebut percaya dia telah menjalani pembedahan yang mencukupi dan tiada prosedur lanjut dirancang.

 

“Saya sangat bersyukur kerana tiada satu prosedur yang saya lakukan adalah salah, kerana saya tahu itu boleh berlaku,” tambahnya.

Reaksi orang sekeliling terhadap penampilannya adalah berbeza-beza, kerana wanita tersebut pernah menceritakan pengalamannya ketika mengimbas kembali kejadian dahulu di mana ada seorang wanita pertengahan umur mencadangkan dia menjadi seorang pekerja seks.

Wanita itu bertanya, “berapa banyak yang saya caj setiap jam hanya disebabkan saya keluar di khalayak ramai memakai pakaian musim panas dan dianggap tidak sopan,” katanya.

“Tetapi saya tidak biarkan perkara itu menjejaskan saya kerana, jika anda tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan lebih baik anda mula berjoging,” jelasnya.

Hal ini kerana, wanita tersebut berpendapat semua orang layak untuk mengubah suai diri mereka untuk kelihatan cantik.

Sumber: Independent UK

Nurlizah Khazani