Siakap Keli
Doktor Nekad Tampar & Enggan Merawat budak 3 tahun
Gambar: Thaiger

Dakwa Dimaki Budak 3 Tahun Semasa Rawatan, Doktor Nekad Tampar & Enggan Merawatnya

Dakwa Dimaki Budak 3 Tahun Semasa Rawatan, Doktor Nekad Tampar & Enggan Merawatnya

THAILAND – Ibu bapa kepada budak lelaki berusia tiga tahun telah membuat aduan kepada pihak polis terhadap seorang doktor lelaki yang bertindak menampar anak mereka di bahagian muka, lapor The Thaiger.

Doktor tersebut dilaporkan bertindak menampar dan menolak untuk merawatnya kerana mendakwa budak lelaki berkenaan telah menghinanya.

Isu ini telah menjadi tular dalam kalangan masyarakat disebabkan ibu kepada budak lelaki tersebut telah berkongsi cerita mengenai kejadian itu di laman media sosial facebook miliknya. (Let Me Know If You Want to Be Famous Return Part 3)

Wanita tersebut berkata, dia telah membawa anaknya yang berusia tiga tahun itu ke sebuah hospital di daerah Kam Paeng Saen di wilayah tengah Nakhon Pathom kerana anaknya menghidap asma.

Dia turut memberitahu, anaknya sedang duduk di atas ribanya dan sedang bermain dengan mainannya sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan di dalam bilik doktor.

Kemudian, anaknya secara tidak sengaja telah terpukul dirinya sendiri di bahagian muka dan mencarut disebabkan mainan itu terkena mulutnya.

Secara tiba-tiba, seorang doktor yang lalu telah berpaling dan menampar muka budak lelaki tersebut sehingga membuatkannya menangis.

Apabila ditanya wanita tersebut mengapa menampar anaknya, doktor tersebut berkata bahawa dia turut akan melakukan perkara yang sama terhadap anaknya juga.

Doktor kemudiannya menghulurkan nebulizer dan berjalan keluar dari bilik itu.

Doktor tersebut juga enggan merawat budak lelaki berkenaan dan menghalau ibunya ketika mereka masuk ke ruangan doktor terbabit.

“Apa yang awak nak suruh saya buat? Jangan datang untuk mendapatkan rawatan daripada saya. Di sana ada pintu!,” kata doktor tersebut.

Wanita itu seterusnya telah memfailkan aduan di Balai Polis Kam Paeng Saen dengan menegaskan anaknya bercakap demikian kerana dia memukul dirinya sendiri dan bukannya memaki hamun doktor itu.

Doktor itu juga ketika ditemu bual pihak media, mengakui bahawa dia menampar budak itu mengikut apa yang didedahkan ibunya di media sosial.

Dia berkata kanak-kanak itu telah memakinya dengan berkata, “F*ck doktor Tu!” di mana ‘Tu’ adalah nama panggilan doktor tersebut.

Doktor berkata, dia telah bekerja di hospital berkenaan selama 25 tahun dan pernah mengalami kejadian serupa sebelum ini.

Kanak-kanak mungkin memarahi atau menyumpah jika mereka terkejut atau takut, tetapi kanak-kanak ini secara langsung telah menyebut namanya.

Dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya adalah salah dan tidak bermaksud untuk menampar kanak-kanak itu.

Katanya, dia tertekan selepas dia dan keluarganya baru pulih daripada virus Covid-19.

Tambah doktor, dia telah menghalau keluarga itu kerana kawasan di sekeliling dirinya masih berbahaya untuk orang lain.

Dia juga berkata dia telah melaporkan kejadian itu kepada pegawai atasannya.

Doktor itu berkata, dia akan berjumpa keluarga kanak-kanak itu untuk meminta maaf atas perbuatannya.

Sumber: The Thaiger

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani