Siakap Keli
nenek diperkosa
Gambar: Google

Lalui Detik Cemas Hampir Diperkosa, Nenek 77 Tahun Pengsan & Meninggal Dunia

Lalui Detik Cemas Hampir Diperkosa, Nenek 77 Tahun Pengsan & Meninggal Dunia

Seorang nenek berusia 77 tahun maut selepas hampir menjadi mangsa pemerkosaan seorang duda dalam kejadian yang berlaku di Pulau Bali, Indonesia, Jumaat 12 Ogos lepas.

Memetik Suara.com, mangsa dan suaminya ketika itu sedang menebas rumput untuk dijadikan makanan kepada haiwan ternakan milik mereka. Mereka berdua menebas rumput di dua kawasan yang terpisah yang ketika itu turut disertai oleh suspek. 

Setelah selesai, mangsa meminta izin kepada suami untuk pulang ke rumah terlebih dahulu dan disebabkan rumput yang mahu dibawa terlalu berat, mangsa meminta bantuan suspek membantunya mengangkat rumput-rumput tersebut. 

Namun, suspek dengan secara tiba-tiba bertindak mencium mangsa dan cuba untuk merogolnya. Mangsa cuba melawan hingga akhirnya terjatuh dan pengsan.

Keadaan itu disedari oleh suami yang berada tidak jauh dari tempat kejadian membawa pulang mangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan.

Walau bagaimanapun, mangsa telah dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 pagi waktu tempatan dan punca kematian masih belum dapat dikenal pasti. 

Dalam pada itu, suspek berjaya ditahan selepas dikejar oleh warga penduduk dan kemudian menyerahkannya kepada pihak berkuasa. 

BACA: Kanak-Kanak 12 Tahun Maut, Dipercayai Disambar Petir Ketika Guna Telefon Bimbit

Sumber: Suara.com

Faiz Mustafa