Siakap Keli
25 Pelajar Diserang Histeria
Gambar via Awani

25 Pelajar Dipercayai Diserang Histeria, Didakwa Berpunca Dari ‘Alat Muzik Lama’

Seramai 25 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah dilaporkan meracau dan menjerit dipercayai diserang histeria, di Pulau Pinang pada Rabu, 17 Ogos 2022. 

Kejadian berkenaan dikatakan bermula selepas seorang pelajar tiba-tiba meracau dan menjerit selepas mendakwa terlihat lembaga hitam di siling kelasnya, kira-kira 11.40 pagi.

Menurut Astro Awani, kejadian itu telah merebak ke kelas sebelah apabila pelajar lain turut meracau dan menjerit hingga mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung ketika itu dan terpaksa dihentikan. 

Menurut salah seorang waris, kejadian tersebut sampai ke pengetahuannya selepas anak lelaki memaklumkan perkara tersebut kepadanya. 

Difahamkan, ibu bapa dan penjaga diminta untuk hadir ke sekolah lebih awal untuk membawa pulang anak mereka yang terlibat dalam kejadian itu. 

“Ada anak beritahu ada kejadian histeria di sekolah semalam, ramai juga yang kena histeria itu, pihak sekolah beritahu ibu bapa supaya datang ambil anak pulang awal semalam dalam pukul 12.30 tengah hari.

“Terkejut juga bila dimaklumkan kejadian tersebut… ramai ibu bapa datang ambil anak semua, tak tahu apa puncanya berlaku histeria, tapi hari ini keadaan sudah seperti biasa,” katanya, seperti dilaporkan oleh Astro Awani. 

Salah seorang saksi kejadian yang merupakan pekerja di sekolah tersebut mendakwa, kejadian itu mungkin berpunca daripada daripada alat muzik lama yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah yang disimpan dalam sebuah bilik. 

“Memang berlaku kejadian histeria, tapi keadaan sudah kembali normal, dan sesi persekolahan pagi tadi dimulakan dengan bacaan Yasin serta azan sebelum pelajar meneruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Walau bagaimanapun, suasana di sekolah tersebut telah kembali tenang berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pihak Awani dan sesi persekolahan telah berjalan seperti biasa. 

BACA: Lelaki Viral Didakwa Gunting Bendera Jalur Gemilang Berjaya Ditahan

Sumber: Awani

Faiz Mustafa