Siakap Keli
Batas Hujung Dunia,
Gambar via Mirror

Ibarat Dunia ‘Berbeza’, Kenali Dua Pulau Terpisah Hanya 3km, Tapi Beza Masa 21 Jam

Batas Hujung Dunia, Dua Pulau Dengan Jarak 3 kilometer Tapi Jarak Masa 21 Jam

Semua sedia maklum bahawa bumi mempunyai bentuk sfera dan berputar di atas paksinya. Begitulah bagaimana berlakunya kejadian siang dan malam di mana bulan dan matahari yang berputar mengelilingi Bumi. Namun, mungkin masih menjadi persoalan dimanakah terletaknya batas hujung dunia. 

Mengeksplorasi laman berita Mirror, Pada tahun lalu, tular di aplikasi Tik Tok apabila salah seorang pemilik akaun menjelaskan mengenai dua pulau dengan jarak yang dekat lebih kurang 3 kilometer tapi mempunyai perbezaan masa yang sangat jauh iaitu 21 jam. 

Memetik Mirror, kepulauan Diomede telah dipisahkan oleh Garisan Tarikh Antarabangsa melalui Lautan Pasifik dan tanda sempadan hari berikutnya pada kalender. 

Ini bermakna, Pulau Besar Diomede dipisahkan jarak sehari dengan pulau sebelah, Diomede Kecil yang berada di Selat Bering antara tanah besar Alaska dan Siberia. Difahamkan, Diomede Besar terletak di sebelah Russia, manakala Diomede kecil pula berada di sebelah Amerika Syarikat (AS). 

Walaupun diharamkan, berjalan di atas jambatan ais yang terbentuk diantara kedua-dua pulau mungkin boleh dilakukan pada masa yang sama dapat juga menikmati pengalaman merentasi masa yang sebenar. 

Selain itu, secara teorinya, merentasi dua benua antara AS dan Rusia mungkin boleh dilakukan dengan hanya menggunakan perahu layar, kayak atau berenang sahaja. Secara tidak langsung, kawasan ini mungkin adalah penghujung Bumi yang dicari-cari. 

BACA: Lelaki Kongsi Realiti Ramai Tak Tahu, Rupanya Guru Tak Boleh Duduk Masa Mengajar?

Sumber: Mirror

Faiz Mustafa