Siakap Keli
arab saudi 10 bilion pokok
Gambar: Arab News

Nak ‘Hijaukan’ Gurun, Pelan Luar Biasa Arab Saudi Sasar Tanam 10 Bilion Pokok

Nak ‘Hijaukan’ Gurun, Pelan Luar Biasa Arab Saudi Sasar Tanam 10 Bilion Pokok

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman adalah pemimpin utama negera teluk itu yang terkenal dengan pelbagai pembaharuan untuk negaranya.

Salah satu ideanya yang mencuri tumpuan apabila beliau, tahun lepas, mengumumkan rancangan untuk menghijaukan kawasan padang pasir negara itu dengan menanam 10 bilion pokok menjelang beberapa dekad akan datang, dibawah Inisiatif Hijau Arab Saudi.

Usaha itu adalah bagi meningkatkan 12 kali ganda kawasan yang sudahpun ditumbuhi dengan pohon-pohon sedia ada, selain sebagai salah catu cara menangani perubahan iklim.

Arab Saudi
Kredti Getty Images

”Kerajaan bertekad untuk melakukan sesuatu yang meninggalkan impak kepada global secara berkekalan”, katanya ketika itu.

Bagi memastikan usaha tersebut berjalan lancar, Arab Saudi telah mengkaji program yang dijalankan oleh China dalam menghijaukan Gurun Kubuki, dan menjadikannya sebagai model dalam memulihkan kawasan yang telah degradasi.

Kawasan Ekopelancongan di Gurun Kubuki, China| Gambar: Youlin Magazine

Bagaimanapun, idea berkenaan turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

Menurut Nadim Farajalla, Pengarah Pgoram Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di Institut Issam Fares, Universiti Amerika di Beirut, usaha itu tidak akan menjadikan suhu panas di negara tersebut turun.

”Iklim di Arab Saudi tidak akan berubah dengan menanam lebih banyak pokok,” katanya yang menjangkakan kawasan-kawasan bandar juga akan ditanam pokok bagi mengurangkan haba.

Suhu di Arab Saudi diunjurkan meningkat lebih cepat daripada purata global dalam dekad akan datang. Selain itu, penyelidikan mendapati bahawa Semenanjung Arab berkemungkinan tidak dapat didiami menjelang akhir abad ke-21 di bawah senario pelepasan berimpak tinggi.

Selain itu, projek berskala besar untuk mengubah suai persekitaran semula jadi harus dilakukan dengan berhati-hati.

Ia susulan timbul kebimbangan bahawa tindakan campur tangan manusia dalam merubah alam boleh menjejaskan kawasan padang pasir Arab Saudi. Malah, ia juga berkemungkinan boleh menyebabkan tumbuhan asli terancam.

Gambar: Arab News

Pemerhati yang mempertikaikan usaha itu juga ingin melihat bagaimana Arab Saudi ingin mengairi kawasan-kawasan yang ditanam dengan pokok, dengan mengambil kira rekod negara tersebut sebagai negara menerima hujan ketiga terendah.

Selain itu, Arab Saudi juga dikatakan tidak mempunyai rekod yang baik berkenaan pengurusan airnya, sekaligus kebolehlaksanaan projek itu menimbulkan banyak tanda tanya.

Menteri Alam Sekitar Arab Suadi berkata, mereka tidak akan menggunakan air dari sumber bawah tanah atau air yang dirawat di loji yang digerakkan oleh tenaga bakar bahan api fosil untuk mengairi kawasan projek ini. Sebaliknya, ia bergantung kepada air terawat dan sumber air boleh diperbaharui seperti air hujan, air laut dan pembenihan awan.

Jika projek ini dilaksanakan dengan betul, ia merupakan peluang untuk menyediakan faedah jangka panjang seperti pekerjaan dalam industri ubatan dan ekopelancongan kepada masyarkat luar bandar, yang menyumbang kira-kira 16 peratus daripada penduduk negera teluk itu.

Ia juga sejajar dengan objektif utama rancangan reformasi Arab Saudi untuk membangunkan ekonomi bukan berasakan petroleum menjelang 2030.

Sumber: Al-Monitor, Reuters, Middle East Eye

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka