Siakap Keli
Kredit Reuters

Kenali Diego Garcia, Pangkalan Tentera Terpencil Amerika Di Lautan Hindi & ‘Apa’ Ada Disana

Kenali Diego Garcia, Pulau Tropika Terpencil Di Lautan Hindi & ‘Apa’ Ada Disana

Diego Garcia merupakan sebuah pulau tropika yang terletak pada lokasi terpencil di Lautan Hindi. Pulau ini dikelilingi oleh kira-kira 60 atol lain. Atol merujuk kepada rangkaian pulau yang terbentuk oleh terumbu karang. Ia adalah rumah kepada penyu, burung penghijrah gergasi dan ketam kelapa haiwan darat yang terbesar di pulau itu.

Pulau ini pada awalnya adalah milik empayar British. Sejarah kepulauan itu bermula apabila nenek moyang orang Ilois telah dibawa ke pulau itu sebagai hamba untuk mengusahakan ladang kelapa pada abad ke-18.

Bagaimanapun, bermula dari 1967 hingga 1973, British dilaporkan mula memindahkan ribuan penduduk di pulau ini dan sekitarnya ke Mauritius atau Seychelles yang terletak berdekatan, bagi membuka jalan kepada pembinaan markas tentera laut Amerika Syarikat.

Ia selepas British mengambil keputusan untuk menyewakan pulau berkenaan kepada Amerika Syarikat pada 1966.

Terletak di lokasi yang terpencil, ia merupakan kawasan yang sangat strategik untuk Amerika Syarikat membina sebuah pangkalan tentera untuk pelbagai operasi bagi mengunjurkan kekuatan tenteranya ke Barat Laut, Timur Tengah, Asia Selatan, Timur ke Asia atau Barat ke Afrika.

Kredit Reuters

Tidak seperti pangkalannya di Guam, Diego Garcia dianggap lebih rahsia kepada Amerika Syarikat. Malah, anggota-anggota tentera yang ditempatkan disini dilaporkan turut tidak dibenarkan membawa pasangan masing-masing ke sini.

Ketika ini, dianggarkan seramai 3 hingga 5,000 anggota tentera berada di pulau ini, kebanyakkanya merupakan warga Amerika Syarikat dan segelintir daripada United Kingdom.

Selain itu, terdapat juga orang awam yang berada di pulau dan majoritinya hadir dari Pulau Mauritius yang berkhidmat sebagai pekerja pembersihan di fasiliti tersebut.

Di pulau ini, dipercayai turut dibina dengan beberapa kompleks perniagaan dan kemudahan-kemudahan asas yang biasa ada di sebuah pekan-pekan kecil di Amerika Syarikat.

Kredit MWR US NAVY

Kini, Diego Garcia dianggap sebagai pangkalan tentera hadapan paling penting Amerika Syarikat di Lautan Hindi. Ini dapat dibuktikan apabila yang memainkan peranan utama ketika negara itu melancarkan perang di beberapa buah negara Timur Tengah.

Sebuah landasan kapal terbang sepanjang 3.2 km juga turut dibina di pulau ini. Ia membolehkan pesawat-pesawat pengebom jarah jauh seperti B-52 berlepas daripada pulau ini ketika melaksanakan misi pengeboman ke atas Afghanistan pada 2001 selepas peristiwa 9/11 dan juga ketika pencerobohan ke atas Iraq.

Sebelum itu, pangkalan ini juga memainkan peranan penting ketika berlakunya Perang Teluk Pertama pada 1991.

Pelabuhan-pelabuhan yang dibina disini juga mempunyai dasar laut yang dalam dimana ia mampu menerima kehadiran kapal pengangkut pesawat, kapal selam bertenaga nuklear dan juga kapal-kapal perang yang lain.

Di beberapa bahagian lagun pulau itu, dikatakan terdapat kapal-kapal besar yang berada dalam kedudukan bersedia dan diisi dengan pelbagai keperluan seperti senjata, bahan api dan makanan yang mampu menampung operasi satu bridged angkatan marin.

Kredit Getty Images

Selain itu, Diego Garcia juga merupakan tapak isian semula minyak untuk pesawat-pesawat Tentera Udara negara itu yang menjalankan rondaan maritim di Laut China Selatan. Malah, Diego Garcia juga sesuai untuk menjadi tempat pendaratan kecemasan bagi kapal-kapal yang menyertai misi angkasa lepas NASA.

Tangki simpanan minyak

Selepas Amerika Syarikat dan British memindahkan penduduk-penduduk asal pulau ini, dipercayai tiada lagi saki baki-baki orang asal dan pulau berkenaan sepenuhnya berfungsi sebagai pangkalan tentera Amerika Syarikat sehingga ke hari ini.

BACA: Rusia Tutup Paip Bekal Gas Ke Eropah Sepenuhnya, Dakwa ‘Turbin Rosak’ & Tiada Tarikh Bila Siap Dibaiki

Sumber: Business Insider

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka