Siakap Keli
Gambar: Eat This, Not That

Cemburu Bekas Isteri Dah Jumpa ‘Cinta Baru’, Lelaki Racun Yogurt Anak Hingga Mati

Cemburu Bekas Isteri Dah Jumpa ‘Cinta Baru’, Lelaki Racun Yogurt Anak Hingga Mati

Seorang lelaki dilaporkan telah dijatuhi hukuman penjara kerana membunuh dua anaknya dengan yogurt dicampuri racun gara-gara cemburu bekas pasangannya telah berjumpa dengan orang baru.

Lelaki yang berusia 37 tahun itu dihukum penjara selama 60 tahun selepas membunuh dua anaknya yang berusia tujuh dan empat tahun di Bolivia pada Mac lalu.

Dalam perbicaraan di mahkamah, dia memberitahu bahawa dia telah meminta kebenaran bekas pasangannya untuk membawa anaknya keluar beli kasut baru.

Kredit Jam Press

Tetapi sebenarnya dia telah membawa pulang kedua-dua kanak-kanak tersebut di rumahnya dan meracun mereka.

Lelaki itu mengaku bahawa dia telah meletakkan campuran racun serangga dalam yogurt anak-anaknya sebelum dia juga memakan yogurt tersebut.

Lelaki itu mengalami kekejangan perut yang teruk dan telah pergi ke balai polis di mana dia mengaku perbuatannya itu dan mendapatkan rawatan perubatan.

Dia kemudian menghabiskan beberapa minggu di dalam unit rawatan rapi untuk rawatan. Dia juga meminta maaf kepada ahli keluarganya kerana telah membunuh dua anaknya itu.

Lelaki itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia melakukan perbuatan itu kerana bekas pasangannya telah bertemu orang baru.

Gambar via Jam Press

“Lelaki itu telah meracun mangsa gara-gara cemburu bekas pasangannya menjalinkan hubungan dengan kekasih baru,” ujar polis.

Ekoran daripada insiden itu, penduduk setempat telah melancarkan protes kepada pihak bandar untuk menuntut keadilan atas kematian kanak-kanak tersebut.

Sumber: Mirror

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka