Siakap Keli
Lelaki Maut Ditetak Guna Sabit
Gambar: New York Post

Berang Foto & Video Lucah Isteri Dikongsi Di Media Sosial, Lelaki Maut Ditetak Guna Sabit

Berang Foto & Video Lucah Isteri Dikongsi Di Media Sosial, Lelaki Maut Ditetak Guna Sabit

INDONESIA – Seorang lelaki dilapor maut ditetak selepas menyebar gambar dan video lucah isteri orang di media sosial pada Khamis lalu (8/9/2022).

Menurut laporan, suami wanita tersebut telah bertindak ganas kerana marah suspek menyebarkan video serta gambar lucah isterinya di media sosial.

Dilaporkan, penyebaran video dan gambar lucah itu sudah lama berlaku namun suspek berdendam dengan mangsa.

Menurut laporan, suspek telah ditangkap dan mengaku melakukan perkara tersebut. Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk membunuh mangsa.

Kejadian berlaku apabila suspek secara tidak sengaja bertemu dengan mangsa dan bertindak untuk membalas dendam.

“Semasa kejadian, saya berada di sekitar kedai gunting rambut. Dia tidak mengenali saya tetapi saya kenal dia melalui gambar intim bersama isteri saya di media sosial.”

“Jadi saya terus menikam dia,” kata suspek ketika disoal siasat oleh pihak polis.

Tambahan lagi, mangsa sering memuat naik gambar dan video lucah antara dia dan isteri suspek di media sosial.

Hal ini menyebabkan suspek marah dan bertindak sedemikian.

“Dia memuat naik gambar bogel isteri saya bukan hanya sekali dua tetapi berkali-kali,” kata suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Sampang, AKBP Arman, mengesahkan motif pembunuhan adalah kerana cemburu dan dilaporkan mangsa turut telah mengugut isteri suspek beberapa kali.

“Menurut pengakuan suspek, mangsa bukan sahaja mengugut untuk menyebarkan gambar intim bersama isterinya.”

“Tetapi gambar intim mereka dimuat naik ke Facebook menyebabkan pelaku membalas dendam,” jelas Arman.

Dilaporkan, mangsa telah ditetak menggunakan sabit sehingga mati.

Selain itu, terdapat beberapa kesan luka di paha, tangan, badan dan dagu kanan ditemui pada badan mangsa.

Polis berjaya menahan suspek dan turut merampas sabit yang digunakan untuk membunuh mangsa serta satu set pakaian mangsa sebagai bahan bukti.

Sumber : FinFajarIndonesia

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa