Siakap Keli
ibu jatuh laut dengan anak
Kredit: JBPM via Awani

Jatuh Laut Dengan Anak, Nelayan Jumpa Mayat Ibu Terapung

Seorang nelayan dilapor menemui mayat seorang ibu dalam keadaan terapung yang dikatakan terjatuh ke dalam laut bersama anaknya dalam kejadian di Johor Bahru baru-baru ini.

Menurut laporan Awani, mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemui nelayan berkenaan di Jalan Danga Bay berhampiran Country Garden dalam keadaan terapung pada pukul 1.40 tengah hari semalam.

Maklum Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal, mayat wanita berkenaan ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan tergelincir.

“Mayat wanita itu dibawa naik ke darat oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya memetik Awani.

Sebelum itu, anak lelaki wanita berkenaan yang berusia 16 tahun ditemui lemas pada pukul 8.43 malam.

Menurut saksi seperti yang dilapor Awani, pada pukul 3.35 petang sebelum itu, kedua-dua beranak tersebut dilapor terjun ke dalam laut dari tebing setinggi 9.14 meter.

Difahamkan, punca kejadian dua beranak tersebut adalah dipercayai berpunca daripada masalah dalaman keluarga.

Hasil siasatan awal pihak polis tersebut dimaklumkan Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey seperti yang dilapor Awani semalam.

Sumber: Astro Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana