Siakap Keli
najib wad 1mdb
Kredit: Bernama

Najib Alami Masalah Tekanan Darah & Masuk Wad, Bicara Kes 1MDB Dilapangkan

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan bersambung hari ini, telah dilapangkan kerana bekas perdana menteri itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami masalah tekanan darah.

Peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya itu tidak akan dapat hadir ke mahkamah hari ini dan mungkin juga esok.

“Datuk Seri Najib telah jatuh sakit dan beliau kini dimasukkan ke wad di HKL sejak semalam. Saya diberitahu setakat pagi ini pada 7.30 pagi dan 9.30 pagi, ujian tertentu akan dilakukan ke atas beliau yang mungkin mengambil masa beberapa hari lagi. Yang pasti, hari ini cuti Yang Arif, saya rasa esok juga mungkin beliau tidak dapat hadir.

“Beliau mengalami masalah kesihatan, kerana tekanan darahnya didapati turun naik. Puncanya tidak dapat dikesan jadi mereka sedang melakukan yang terbaik,” katanya.

Menurut peguam itu, Najib akan dipindahkan dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Sumber: Bernama

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana