Siakap Keli
Legenda tenis
Gambar via AFP

Ada Masalah Lutut, Legenda Tenis Dunia, Roger Federer Umum Bersara

Ada Masalah Lutut, Legenda Tenis Dunia, Roger Federer Umum Bersara

Legenda tenis dunia yang berasal dari Switzerland, Roger Federe umum akan bersara selepas Piala Laver yang akan berlangsung pada minggu hadapan di London, maklumnya pada Khamis, 15 September 2022.

Bintang berusia 41 tahun berkenaan telah meraih 20 gelaran Grand Slam sepanjang beliau berkecimpung dalam dunia sukan itu.

Menurut laporan AFP, beliau mengaku keputusan persaraan itu dibuat disebabkan oleh masalah lutut yang dihidapinya. Keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa menamatkan karier penuh gemilang yang dikecapinya selama ini.

”Saya telah bekerja keras untuk kembali beraksi semula dalam perlawanan kompetitif. Tetapi saya juga perlu terima bahawa badan saya juga ada hadnya, dan ‘mesejnya’ sejak akhir-akhir ini sangat jelas.

”Kini, saya sudah pun berusia 41 tahun dan bermain lebih 1,500 perlawanan sepanjang 24 tahun. Tenis telah memberikan segala-galanya kepada saya, lebih daripada apa yang diimpikan.

”Jadi, tiba masanya untuk saya menerima bahawa perjalanan karier ini sudah dipenghujung,” katanya.

Susulan pengumuman itu, Wimbledon telah memberikan penghormatan penuh kepada Roger Federer dan berterima kasih di atas sumbangan juara 8 kali kategori lelaki itu.

“Ia adalah satu keistimewaan apabila dapat melihat perjalanan anda dalam dunia sukan ini dan bagaimana anda berusaha gigih untuk bergelar juara dalam setiap perlawanan.

“Kelincahan anda di atas gelanggang akan sentiasa dirindui. Apa yang kami boleh katakan buat masa ini hanyalah terima kasih di atas setiap kenangan dan senyuman yang telah anda berikan kepada kami dan orang ramai,” kata Wimbledon dalam tweet.

Kali terakhir Federer tampil secara kompetitif adalah ketika beliau ketika tewas di pusingan suku akhir Wimbledon pada 2021. Sebelum itu, dia berehat panjang selama 18 bulan selepas menjalani pembedahan lutut buat kali ketiga.

BACA: Kematian Dicemburui, Ustazah ‘Dijemput’ Ajal Saat Pimpin Majlis Khatam Al-Quran Secara “Live”

Sumber: AFP, Barron’s

Faiz Mustafa