Siakap Keli
pukul & cekik nenek sampai pengsan
Kredit Mothership

Dakwa Sering Kena Pukul, Budak 10 Tahun Tergamak Pukul & Cekik Nenek Sampai Mati

Dakwa Sering Kena Pukul, Budak 10 Tahun Tergamak Pukul & Cekik Nenek Sampai Mati

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah ditahan kerana mencekik neneknya di wilayah Heilongjiang di China.

Rakaman kejadian yang berlegar di media sosial memaparkan budak lelaki itu mencekik neneknya selepas mangsa bertindak memukulnya.

Menurut Mothership, media Taiwan Mirror Medi melaporkan bahawa rakaman kejadian itu mula muncul di Weibo sebelum tersebar ke platform media sosial yang lain.

Apa yang terjadi?

Video yang tersebar bermula dengan nenek itu memukul cucunya sambil memegang sebatang kayu di sebelah tangan.

Sebagai tindak balas, budak lelaki itu cuba merampas kayu tersebut sebelum bertindak menumbuk neneknya.

Dia kemudiannya mencengkam dan mencekik neneknya lalu menariknya ke lantai dan neneknya berulang kali memukulnya menggunakan selipar dalam usaha untuk membebaskan dirinya.

Akhirnya, mangsa berhenti bergerak dan individu yang merakam adegan itu kedengaran memujuk budak lelaki berkenaan untuk melepaskan mangsa sambil ketawa.

Budak lelaki yang masih memegang wanita tua itu kemudian menjerit memberitahu bahawa dia sering dipukul oleh neneknya dan dituduh sebagai tidak munasabah.

Selepas itu, orang yang merakam video tersebut meminta dengan nada yang lebih risau agar budak lelaki itu melepaskan neneknya dan bangun.

Dia juga sempat memberitahu budak lelaki itu, bahawa “dia tidak akan memukul kamu lagi”.

Apabila budak lelaki itu melepaskan wanita tua itu, dia berulang kali dipukul oleh seorang wanita lain yang muncul dan membawa seorang kanak-kanak di belakangnya.

Dia juga kedengaran memberitahu budak lelaki itu bahawa neneknya telah meninggal dunia.

Menurut Mirror Media, wanita itu merupakan ibu kepada budak lelaki tersebut. Video itu kemudiannya berakhir dengan budak lelaki itu merayu agar neneknya bangun manakala wanita tersebut terus memukul budak lelaki berkenaan.

Menurut Must Share News, ibu kepada budak itu kemudiannya memegang lengan nenek tersebut tetapi dia tidak bertindak balas dan lengannya jatuh semula ke tanah. Melihat perkara itu, wanita tersebut memukul kembali anaknya.

Dalam laporan media China, budak lelaki itu didakwa telah dihasut oleh rakan-rakannya untuk membalas dendam terhadap neneknya.

Budak lelaki dilaporkan telah ditahan pihak polis bersama tiga lagi rakannya.

Sumber: Mothership

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka