Siakap Keli

Fazura Lancar ‘Beauty Water’, Minuman Tanpa Gula Untuk Mencantikkan Kulit Secara Semulajadi

KUALA LUMPUR 12 September 2022 – Pengasas Fazura, Nur Fazura binti  Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz telah melancarkan produk untuk  mencantikkan kulit secara semulajadi yang dinamakan ‘Fazura Beauty Water’ di  Axiata Arena, Bukit Jalil sempena penganjuran konsert sulung Faztival Fazura 2022 malam tadi. 

Jenama Fazura yang sentiasa menitikberatkan kualiti telah menghasilkan produk  minuman kecantikan kulit dalam bentuk minuman tanpa gula, sesuai dengan gaya  hidup alaf baharu. 

“Faz bersyukur kerana dapat menghasilkan produk minuman kecantikan yang  selamat dan dapat menunjukkan kesan seawal tujuh hari, secara semulajadi. Jadi  Fazura Beauty Water bukan sahaja terdiri dari ramuan yang dapat membantu mencantikkan kulit, malah rasa manis tanpa gula dapat membantu pengguna yang  lebih gemarkan gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.” 

Minuman Fazura Beauty Water tersebut diperkayakan dengan ramuan lycopene, milk  thistle, beta carotene dan multivitamin diyakini berpotensi menunjukkan kesan positif  pada kulit seawal tujuh hari. Berbeza dengan kebanyakkan produk lain, minuman  Fazura Beauty Water dengan kandungan 100% semulajadi mempunyai rasa manis  tetapi tidak mempunyai gula kerana menggunakan pemanis semulajadi dari Monkfruit. 

Fazura Beauty Water didatangkan di dalam tiga perisa semulajadi iaitu laici, mangga  dan beri campuran dengan rekaan botol yang menarik perhatian. Selain membantu  organ badan menghasilkan kolagen secara semulajadi, Fazura Beauty Water dapat  membantu masalah jerawat dan membantu proses anti-penuaan.  

Kandungan ramuan ejen inspirasi alam yang terkandung dalam Fazura Beauty Water  sesuai untuk wanita dan lelaki metropolitan yang semakin prihatin dalam menjaga  kecantikan kulit mereka. 

Fazura Beauty Water boleh dibeli secara online di ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’  atau dari Besties dan ejen Fazura terdekat yang disenarai di fazurabesties.com bermula pada 19 September 2022. Harga Fazura Beauty Water adalah mampu milik iaitu RM27.00 sekotak di mana sekotak mengandungi 4 botol. Pengguna hanya perlu  meminum 4 botol bagi empat hari pertama dan secara selang sehari selepas itu  dengan penggunaan adalah kurang dari RM100.00 sebulan. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa