Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Owner” Mercedes ‘Ghaib’ Lepas Rempuh Pam Minyak

Faiz Mustafa
'Ghaib' Lepas Rempuh Pam Minyak
Gambar: Otai JOHOR

“Owner” Mercedes ‘Ghaib’ Lepas Rempuh Pam Minyak

Seorang pemandu kenderaan mewah jenis Mercedes C43 dilaporkan melarikan diri selepas merempuh sebuah pam stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dalam kejadian awal pagi Sabtu, 17 September.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan ekoran kejadian tersebut dan segera mengerahkan lapan anggota bersama sebuah jentera untuk ke lokasi kejadian pada jam 12.13 tengah malam.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.

“Bagaimanapun, didapati tiada pemandu berada di dalam kereta terbabit semasa pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu, pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan PGO, terdapat tumpahan minyak petrol susulan dari kemalangan tersebut.

“Pasukan bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada jam 12.49 tengah malam,” tambah kenyataan itu.

BACA: Tular Video ‘Hempuk’ Budak Dengan Meja, Polis Reman Ibu Bantu Siasatan Kes Dera Anak

BACA JUGA: Miliki 149.5 Juta Pengikut TikTok, Khaby Lame Terima Bayaran Sehingga RM 3.4 Juta Untuk Setiap Video Promosi

Sumber: Sinar Harian

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang