Lebih Sejuta Kematian Direkodkan, Joe Biden Umum COVID-19 Di AS Sudah Berakhir
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengisytiharkan pandemik koronavirus telah berakhir selepas lebih sejuta kematian direkodkan selama hampir tiga tahun sekatan dikuat kuasa, lapor NBC News.
Biden mengumumkan mengenai perkara tersebut sebelum berangkat ke United Kingdom untuk melawat majlis pengebumian Ratu Elizabeth II.
“Kami masih mempunyai masalah dengan Covid-19 dan perlu melakukan banyak perkara namun wabak itu telah berakhir,” katanya sewaktu ditemu bual Khamis lalu.
Difahamkan, kematian mingguan baharu di seluruh dunia mencapai tahap terendah pada bulan September sejak Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik pada Mac 2020, maklum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat berkata walaupun belum sepenuhnya lenyap namun ia sudah berada di penghujungnya.
Walaupun statistik kematian Covid-19 di Amerika secara relatif menunjukkan tidak ada yang berubah dengan purata 500 orang sehari dalam tempoh dua minggu terakhir. Virus Covid-19 ‘membunuh’ lebih sejuta rakyat di negara tersebut serta telah menjejaskan ekonomi dan sistem pendidikan terhadap jutaan kanak-kanak.
Dianggarkan Covid-19 telah mengurangkan tenaga kerja buruh di negara tersebut iaitu sekitar setengah juta orang bersamaan 0.2 peratus orang dewasa, lapor Jabatan Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan pada minggu lalu.
Selain itu, prestasi akademi kanak-kanak turut merosot dalam dua tahun pertama pandemik dan ia merupakan yang paling teruk dalam tempoh 30 tahun.
Sementara itu, Penyelaras Tindak Balas Covid-19 White House, Dr. Ashish Jha turut berkata bilangan kes Covid-19 masih meningkat dalam kalangan remaja yang kembali ke sekolah sewaktu temu bual dengan NBC News pada bulan lalu.
Sejak vaksin pertama diluluskan dua tahun lalu, kebanyakan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun hanya menerima dos pertama vaksin biasa dan memerlukan dua kali suntikan.
Bagaimanapun, mereka tidak layak untuk menerima suntikan dos penggalak dan mengurangkan perlindungan kepada virus berkenaan.
Terdahulu, hampir seluruh negara dilanda wabak koronavirus yang diisytiharkan sebagai pandemik pada Mac 202o lalu. Ekoran itu pelbagai sektor seperti ekonomi, perindustrian, pendidikan dan lain-lain terjejas.
BACA: Belum Ada TikTok, Ini 7 Mainan ‘Rare’ Zaman Dulu Yang Sangat Rugi Budak Sekarang Tak Rasa
Sumber: NBC News