Siakap Keli
Gambar hiasan | India Today

Mengamuk Nak Rumah Pusaka Ayah, Abang Tikam Adik Sampai Mati

Seorang lelaki ditahan atas dakwaan menikam adik lelakinya sendiri menggunakan sebilah gunting hingga maut disebabkan konflik dipercayai perebutan harta pusaka ayah mereka dalam kejadian di India baru-baru ini.

Menurut sumber polis seperti yang dilapor Times of India, nahas berdarah yang berlaku di Nandnagri, Timur Laut Delhi pada sekitar 10 malam hari kejadian itu melibatkan pergaduhan sesama ahli keluarga.

Difahamkan, mangsa yang ditikam gunting terpaksa dikejarkan ke Hospital Guru Teg Bahadur kerana cedera parah, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada malam hari kejadian.

Sementara itu semasa di hospital, ibu suspek, Maya Devi memberitahu polis bahawa suaminya sebelum ini pernah menguruskan sebuah studio fotografi, namun sudah meninggal dunia pada 2020 akibat COVID-19.

Selepas kematian suaminya, pemilikan rumah mereka yang asalnya atas nama suami dipindah milik kepadanya. Bagaimanapun, suspek ingin rumah itu dipindah milik kepada namanya.

Selain itu, menurut ibu kepada tiga orang anak lelaki tersebut, suspek juga didakwa sering meminum minuman beralkohol dan kerap memulakan pergaduhan sehingga memaksanya untuk ‘membuang’ suspek daripada keluarga mereka.

Kronologi kejadian

Gambar hiasan | India Today

Justeru pada malam hari kejadian, berlaku satu pergaduhan dalam keluarga mereka mengenai status pindah milik rumah berkenaan sehingga terpaksa melibatkan campur tangan pihak polis.

Difahamkan, suspek berlari ke arah adik-beradiknya untuk bergaduh. Bagaimanapun akibat geram, dia tekad menikam seorang adik lelakinya pada bahagian dada dengan menggunakan sebilah gunting.

Mangsa yang cedera parah akibat ditikam itu terpaksa dikejarkan ke hospital tersebut oleh ahli keluarganya, namun malangnya dia gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di sana.

“Kami meletakkan kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India dan menahan tertuduh di atas dakwaan membunuh. Siasatan lanjut akan dijalankan,” menurut sumber jurucakap polis.

Adik bunuh ayah sebab harta

Keratan artikel terdahulu

Imbas kembali, turut pernah berlaku satu tragedi berdarah hampir serupa libatkan perebutan harta sesama ahli keluarga seperti yang terjadi di Jharkhand, India kira-kira sembilan bulan yang lalu.

Memetik semula laporan Siakap Keli sebelum ini, seorang anak didakwa tergamak membunuh ayahnya sendiri gara-gara dipercayai tidak puas hati melihat adiknya mendapat harta pusaka lebih banyak berbandingnya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku disebabkan lelaki tersebut berang dengan pembahagian harta pusaka tanah milik keluarganya yang didakwa tidak adil sebelum tekad membunuh ayah kandungnya sendiri dengan senjata tajam.

BACA JUGA: Anak Didakwa Bunuh Ayah Kerana Adik Dapat Harta Pusaka Lebih Banyak

Sumber: Times of India

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma