Siakap Keli
Gambar: CNA/CNN

Pasca Gempa Taiwan: Seorang Dilapor Terkorban & 146 Cedera, Lebih 600 Terperangkap Di Kawasan Pergunungan

Dalam tiga siri gegaran yang berlaku di Taiwan semalam, gempa tersebut dilaporkan meragut satu nyawa manakala 146 orang lagi cedera, lapor Jabatan Bomba Taiwan.

Memetik laporan CNA, dalam sebuah runtuhan bangunan di Yuli, empat mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital manakala tiga orang yang terjunam ke dalam laut bersama kenderaan turut berjaya diselamatkan.

Selain itu, enam gerabak kereta api turut dilapor terkeluar dari landasan di stesen Dongli di timur Taiwan selepas sebahagian laluan platform itu runtuh, lapor pihak bomba.

gempa di taiwan
Gambar: CNA

Sementara itu, di kawasan pergunungan Chike dan Liushishi, lebih 600 orang dilapor terperangkap ekoran terputus jalan perhubungan. Pihak penyelamat yang ditugaskan ke lokasi tersebut kini sedang berusaha untuk menghubungkan semula jalan itu.

Jabatan Meteorologi tempatan memaklumkan bahawa bahagian tenggara negara itu dikejutkan dengan gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud semalam sehingga menyebabkan pelbagai kerosakan termasuk jalan raya serta ramai mangsa yang terperangkap.

Sebelum itu, turut berlaku gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud pada Sabtu lalu namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, gempa berukuran 7.2  magnitud itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer laut.

gempa di taiwan
Gambar: CNA

Susulan itu amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat namun ditarik semula termasuk Agensi Cuaca Jepun yang bakal berlaku di bahagian wilayah Okinawa.

Gempa itu dapat dirasai di seluruh Taiwan dengan bangunan yang bergegar di ibu kota negara berkenaan.

Sumber: CNA

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

BACA JUGA: ‘Bergegar’ Sejak Semalam, Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan Sebentar Tadi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?