Siakap Keli
Gambar : The Sun

Berang Bekas Isteri Dibenar Kahwin Lain, Lelaki Nekad Potong Hidung & Telinga Bekas Bapa Mertua

Berang Bekas Isteri Dibenar Kahwin Lain, Lelaki Nekad Potong Hidung & Telinga Bekas Bapa Mertua

INDIA – Seorang lelaki cedera parah selepas sekumpulan samseng memotong hidung dan telinganya dalam serangan balas dendam gara-gara membenarkan anak perempuannya kahwin lain, lapor The Sun.

Menurut laporan, mangsa 55 tahun, yang baru pulang ke rumahnya telah diserbu dan diserang oleh enam orang lelaki di rumahnya pada malam Selasa.

Polis mengesyaki suspek serangan tersebut adalah merupakan bekas menantu dan abangnya.

Hal ini kerana, suspek dikatakan berang dengan keputusan anak mangsa yang berkahwin semula selepas mereka bercerai.

Menurut keluarga mangsa, samseng itu telah memotong hidung dan telinganya sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Selain itu, mangsa turut mengalami patah kaki dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, anak perempuan mangsa telah berkahwin semula dengan lelaki lain selepas bercerai dengan suspek enam tahun lalu.

Menurut polis, wanita itu telah memfailkan kes berkaitan mas kahwin terhadap mertuanya beberapa tahun lalu.

“Anak perempuan mangsa kini tinggal bersama lelaki lain,” tambah polis.

“Mangsa menyatakan bahawa perkara itu telah menyebabkan bekas suami dan keluarganya berang yang membawa kepada serangan tersebut.

“Tertuduh dalam kes itu ialah bekas menantu dan abangnya.”

Siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis namun setakat ini masih tiada tangkapan dapat dilakukan.

Difahamkan kejadian yang hampir sama turut berlaku kepada lelaki berusia 55 tahun, selepas dia membatalkan pertunangan anak perempuannya dengan salah seorang suspek.

Kemudian, mangsa dikejarkan ke hospital selepas serangan yang mengerikan itu.

Menurut mangsa, dia memutuskan untuk membatalkan pertunangan anak perempuannya kerana bimbang akan keselamatannya.

Hal ini kerana, keluarga bakal pengantin lelaki didakwa mengugut sebelum menyerbu rumahnya dan menyerangnya.

Sumber : The Sun

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa