Siakap Keli
Gambar : Kosmo

Batu Kristal Kuarza Ditemui Di Pahang

Batu Kristal Kuarza Ditemui Di Pahang

PAHANG – Sekumpulan peserta ekspedisi dilaporkan telah menjumpai batu kristal kuarza tanpa warna di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka, lapor Kosmo.

Batu kristal itu dijumpai hasil daripada program Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan oleh penyelidik daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di hutan simpan tersebut.

Menurut Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Elvaene James berkata, batu kristal kuarza tanpa warna yang dijumpai itu bersaiz empat hingga 4.5 sentimeter dan berat kira-kira 150 gram.

Selain itu, batu tersebut kelihatan menarik walaupun belum dibersihkan.

“Saya bersama tiga pelajar iaitu Shuhada Farhana Roslan, Nur Ain Wahidah Mohammad Razali dan Muhammad Aiman Fikri Mohd Sena seolah tidak percaya apabila menemui batu kristal berkenaan.

“Kami menemui batu kristal berkenaan di kawasan laluan enam yang terdapat laluan air dan banyak batu besar. Untuk sampai ke situ mengambil masa kira-kira sejam berjalan kaki.

“Saya tidak menolak kemungkinan kawasan Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka banyak terdapat batu kristal dan saiz batu di sini lebih besar berbanding batu kristal yang ditemui kawasan Lojing, Kelantan,” katanya semasa Majlis Penutup Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka di sini hari ini.

Tambahnya, 30 orang penyelidik yang mengikuti ekspedisi tersebut.

Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka itu dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).

Peserta ekspedisi itu terdiri daripada golongan pensyarah, pelajar universiti, pegawai agensi kerajaan yang melakukan kajian dalam bidang flora, fauna, kualiti air, sektor pelancongan, geologi dan serangga.

Sumber: Kosmo

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa