Siakap Keli
lakon semula babak filem mat kilau
Gambar: Youtube SSTPP

“Talent Memang Top Notch,” Lakon Semula Babak Filem Mat Kilau, Video Pendek Murid Sekolah Rendah Ini Dipuji Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Talent Memang Top Notch,” Lakon Semula Babak Filem Mat Kilau, Video Pendek Murid Sekolah Rendah Ini Dipuji Ramai

Sebelum ini, filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencetuskan fenomena apabila telah meraih kutipan cemerlang selepas ia ditayangkan di dalam negara serta beberapa negara jiran.

Terbaru, filem arahan Syamsul Yusof itu berada pada kelas tersendiri apabila berjaya ditayangkan di platform penstriman Netflix pada 16 September lalu bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia.

Ekoran itu, ia menjadi inspirasi kepada masyarakat terhadap hasil seni perfileman itu.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang dikongsikan di YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis(SSTPP) dan akaun TikTok milik @ceoalone yang menunjukkan karya lakonan semula filem Mat Kilau oleh sekumpulan kanak-kanak cilik.

@ceoalonee

Meremang tengok adik ii ni berlakon, besok mat kilau di netflix geng 😍

♬ original sound – Bobby – Bobby

Dalam filem pendek yang berdurasi 4 minit 34 saat itu, ia berjaya mencuri tumpuan dengan bakat-bakat muda yang ditonjolkan.

Walaupun video jauh lebih singkat daripada filem asal, namun ia mampu menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang sejarah yang tertulis.

Ia juga telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan lebih 101,000 tanda ‘Suka’ di TikTok manakala di saluran YouTube tidak kurang hebatnya apabila mendapat lebih 58,000 tontonan dan lebih 3,600 ‘Suka’ diplatform berkenaan.

Penyertaan dalam pertandingan video pendek

Untuk makluman, filem lakonan semula yang dilakonkan oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar itu dicipta berikutan ‘Pertandingan Video Pendek Babak dari Filem Mat Kilau’ anjuran daripada Jabatan Pentadbiran Perlis yang disertai oleh sekolah rendah dan menengah serta sektor-sektor Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Menurut pihak Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis, pengumuman pemenang bagi pertandingan itu akan diumumkan pada malam ini.

Difahamkan, pengumuman pertandingan yang membabitkan empat kategori itu diadakan dalam Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 2022.

Sementara itu lakonan di dalam filem pendek terbabit nyata mencuit hati ramai peminat filem tanah air dan memberikan pelbagai reaksi.

Teruskan perjuangan

mat kilau

Talent memang top notch

mat kilau

Bagi yang belum menonton filem pendek itu, jom saksikannya di bawah ini.

Sumber: YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis, TikTok @ceoalone

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?