Siakap Keli
Buku One Piece "Limited Edition"
Gambar: The Guardian

21,450 Muka Surat, Buku One Piece “Limited Edition” Terpanjang Didunia Mula Dijual

21,450 Muka Surat, Buku One Piece “Limited Edition” Terpanjang Didunia Mula Dijual

Sebuah buku jilid tunggal edisi terhad manga ONEPIECE diklasifikasikan sebagai buku terpanjang yang pernah diterbitkan di dunia.

Siri manga yang setebal 21,450 muka surat itu dikatakan mustahil untuk dibaca secara fizikal, lapor The Guardian.

Buku yang dilaporkan dijual dengan harga 1,640 pound (RM 8,518) itu adalah hasil dari karya artis Ilan Manouach yang telah mereka bentuk jilid edisi terhad berjudul ONEPIECE itu.

Namun begitu, penulis asal bagi karya One Piece itu yang bernama Eiichiro Oda tidak dikreditkan kepadanya. Karya asal telah disiarkan dalam majalah Shonen Jump setiap minggu sejak tahun 1997 lagi.

Penerbit buku dan karya seni JBE memaklumkan Manouach mencetak One Piece edisi digital Jepun sebelum ini telah menggabungkan setiap edisi dan menyifatkannya sebagai mengumpul ‘bahan arca’.

“One Piece merupakan arca yang berbentuk buku yang tidak boleh dibaca dan mewujudkan ekosistem penyebaran komik dalam talian,” kata seorang jurucakap JBE.

Katanya lagi, edisi terhad sebanyak 50 salinan itu habis dijual dalam tempoh hanya beberapa hari selepas dikeluarkan pada 7 September lalu.

JBE juga memberitahu bahawa komik itu sebagai ‘objek dwi’ yang mempunyai ‘nilai kegunaan’ untuk pembaca dan sebagai ‘nilai pertukaran’ atau sebagai pelaburan bagi para pengumpul karya seni itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka