Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bangun Tidur Terus Sambar Pisau, Lelaki Nekad Tikam Leher Isteri Lepas Mimpi Isteri Curang

Lelaki Nekad Tikam Leher Isteri
Gambar: Loss Prevention Magazine

Bangun Tidur Terus Sambar Pisau, Lelaki Nekad Tikam Leher Isteri Lepas Mimpi Isteri Curang

Seorang lelaki didakwa nekad menikam isterinya berulang kali pada waktu malam selepas mendapat mimpi mangsa menjalinkan hubungan sulit, lapor Mirror.

Lelaki berusia 37 tahun itu telah dituduh menikam isterinya di leher, tulang selangka dan tangannya di rumah mereka di Planaltina di daerah Persekutuan Brazil.

Insiden tersebut didakwa berlaku pada 9 Ogos lalu dan suami mangsa berjaya ditahan lima minggu kemudian selepas dilaporkan melarikan diri.

Menurut laporan, pasangan suami isteri yang mempunyai empat orang anak itu bertengkar pada tengah malam selepas suspek bermimpi isterinya menjalinkan hubungan sulit.

Lelaki yang nama tidak didedahkan polis bertindak mengambil pisau dan dikatakan mengugut isterinya ketika bertanyakan tentang mimpi yang dialaminya.

Kredti Getty Images

Mangsa menafikan tuduhan suspek dan meyakinkannya bahawa itu hanyalah mimpi dan khayalan.

Mangsa kemudian sambung tidur semula, bagaimanapun suspek dipercayai terus memikirkan tentang mimpi tersebut dan mula naik angin.

Suspek kemudiannya mengambil pisau dan terus menikam badan mangsa, menurut laporan media tempatan.

Suspek didakwa menikam isterinya beberapa kali di leher, tulang selangka dan tangannya. Mangsa berjaya melarikan diri dari serangan tersebut sebelum digegaskan ke hospital.

Sementara itu, suspek didakwa telah melarikan diri dan bersembunyi selama lima minggu selepas kejadian sebelum berjaya ditangkap oleh polis pada minggu ini.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya, suspek telah mengambil sebilah pisau dan melakukan beberapa tikaman di kawasan penting mangsa. Wanita itu melarikan diri dan dirawat hospital di bandar,” kata polis dalam satu kenyataan.

Ketua polis Thiago Cesar berkata, suspek telah mengaku melakukan jenayah itu.

Dia juga didapati mempunyai rekod jenayah bagi pembunuhan yang berlaku di Formosa, Negeri Goias.

Dia kini bakal menghadapi pertuduhan kerana cubaan membunuh dan siasatan masih diteruskan.

Sumber: Mirror

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni