Siakap Keli
Bella Pakai Gaun Elsa
Gambar via Mona Din

Senyuman Manis Terukir Di Wajah, Adik Bella Sarung Gaun Puteri Elsa Hadir Ke Mahkamah

Senyuman Manis Terukir Di Wajah, Adik Bella Sarung Gaun Puteri Elsa Hadir Ke Mahkamah

Seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Adik Bella hari ini dilaporkan hadir ke Mahkamah Sesyen untuk memberikan keterangan tertutup pada Khamis, 22 September.

Menerusi laporan BERNAMA, adik Bella adik untuk memberikan keterangan dalam prosiding tertutup melibatkan perbicaraan kes melibatkan seorang individu yang didakwa mengabai dan menganiayanya.

Bagaimanapun, kehadiran adil Bella hari ini mencuri tumpuan khalayak apabila busana yang digayakannya mengingatkan ramai terhadap satu animasi popular, Frozen

Dengan senyuman yang terukir indah diwajahnya, adik Bella mengenakan gaun berwarna biru yang sinonim dengan watak utama animasi tersebut, iaitu Puteri Elsa. Lebih manis, sebuah mahkota turut terselit rapi di bahagian atas tudung yang dipakainya.

Gambar via Mona Din

Menerusi perkongsian seroang individu di laman Facebook miliknya, Mona Din berkongsi momen-momen ketika bertemu dengan gadis remaja itu dalam masa yang sama dia sempat menyerahkan sepasang baju kurung berwarna merah jambu untuk Bella.

“Oh Subhanallah, Bella pakai crown dengan gaun FROZEN, animasi kesukaannya.

“Akhirnya, bukan hanya dapat melihat Bella, tetapi juga dapat mendekatinya, menyerahkan sendiri sepasang kurung pink itu kepadanya, memeluknya, mencium lembut pipinya,” tulis Mona Din.

Gambar via Mona Din
Gambar via Mona Din

Perkongsian yang dibuat oleh Puan Mona Din turut menarik perhatian pengikut di laman facebooknya. Rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang terus mendoakan kebaikkan untuk remaja istimewa itu.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Mona Din, Bernama

Faiz Mustafa