Siakap Keli
Longgok Rumput Depan Rumah
Kredit Kosmo

Longgok Rumput Depan Rumah Punca Lelaki Berlumuran Darah Bergaduh Dengan Jiran

Longgok Rumput Depan Rumah Punca Lelaki Berlumuran Darah Bergaduh Dengan Jiran

Kepala seorang lelaki warga emas cedera selepas bertengkar dengan jirannya dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan hari ni, lapor Kosmo.

Kejadian itu menjadi tular selepas video pertengkaran tersebut dimuat naik oleh seorang wanita di Facebook miliknya pada hari ini. Wanita itu juga dikatakan merupakan jiran kepada lelaki terbabit.

Lelaki berusia 60-an itu kelihatan cedera di bahagian kepala dan terdapat kesan darah di badan dan kepala mangsa.

Berdasarkan video itu, pertengkaran dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati antara mereka kerana tindakan melonggokkan rumput dan sisa tanaman di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pihak polis telah mengesan video tular berdurasi 29 saat itu yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun media sosial.

“Susulan kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim telah menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa. Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara jiran yang mana suspek telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Mohd. Redzuan juga berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan masih lagi diteruskan.

“Bagaimanapun difahamkan kedua-dua individu terbabit mahu menyelesaikan kes itu secara baik,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka