Siakap Keli
Bob Lokman Meninggal Dunia
Gambar: Inteam

Penulis Lirik Terkenal, Bob Lokman Meninggal Dunia

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman dilaporkan telah meninggal dunia.

Perkara tersebut disahkan menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi kumpulan Nasyid terkenal Malaysia Inteam sebentar tadi.

“Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.

“Semoga Allah merahmati Roh Almarhum Abg Bob Lokman,” tulis perkongsian itu.

Penulis lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan rock terkemuka, Search, itu menghembuskan nafas terakhir di usia 58 tahun.

Sumber: Inteam

Aqmal Ezany

I write what is right