Siakap Keli
Bank Islam
Gambar via Bernama

Bermula 21 Sept Lepas, Aplikasi Go Bank Islam Hanya Disokong Sistem Operasi Android Versi 9 & Ke Atas

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam satu kenyataan berkata, aplikaso Go miliknya hanya akan disokong oleh sistem operasi Android untuk versi 9 dan ke atas bermula 21 September 2022.

Dalam kenyataan BIMB menerusi laman Facebook rasmi milik mereka berkata, ia merupakan salah satu usaha untuk memastikan perbankan dalam talian pelanggan berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Justeru mereka juga meminta pelanggan yang terdiri daripada pengguna Android untuk memastikan OS peranti mudah alih mereka menepati keperluanĀ  yang telah ditetapkan.

Mereka juga diminta mengemas kini aplikasi GO By Bank Islam di Google Play Store dan Huawei Play Store untuk mengelak dari sebarang kesulitan.

Gambar via BIMB

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: BIMB

Faiz Mustafa