Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Saja-Saja Letak, Rupanya Ini Maksud Huruf Di Belakang Kereta

Iqbal Yasir
Rupanya ini maksud huruf di belakang kereta
Gambar Via Anisssurayaaa

Bukan Saja-Saja Letak, Rupanya Ini Maksud Huruf Di Belakang Kereta

Di atas jalan raya, kita dapat menyaksikan lautan kenderaan memenuhi sepanjang jalan terutamanya kereta. Setiap kenderaan mempunyai nombor pendaftaran tersendiri bagi mengenal pasti siapakah pemilik kenderaan tersebut.

Kenderaan juga mempunyai setiap kelasnya yang tersendiri misalnya segmen A, B, C, D dan E. Selain itu, biasanya jika mengikuti rapat sebuah kereta, kita dapat melihat nombor plat kenderaan dan jenis model kenderaan pada sisi belakang kereta.

Namun, pernahkah anda terfikir apakah maksud tersirat disebalik abjad dan nombor yang tertera pada sisi kiri belakang kenderaan? Sebenarnya, setiap huruf dan nombor yang ditulis bertujuan untuk membezakan kelas kenderaan tersebut.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang warganet di Platform Twitter. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti ciapan @anisssurayaaa di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Rupanya Ini Maksud Huruf Di Belakang Kereta

Rupanya ada maksud ek huruf kat belakang kereta tu. Baru tahu.

S – large E – medium & large C – medium sized B – station wagon

A – compact GL – urban off road vehicle CLS – 4 door sports car SL – premium sports car SLK – small sports car

Dalam perkongsian itu, ramai yang memberikan pelbagai reaksi dan sesetengah netizen memberikan penjelasan masing-masing. Malah ada yang menerangkan lebih lanjut mengenai huruf-huruf tersebut seperti yang dikongsikan oleh @Remy_ Rahman di bawah ini.

SLK – Sport Leicht Kurt (lightweight (Leicht) Short (Kurtz) G – Geländewagen CL – Coupé Leicht SL – Sport Leicht GL – Geländewagen Leicht S-class – Sonderklasse = Special Class E-class – Executive Class C-class – Comfort Class

Sumber: Twitter @anisssurayaaa

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”