Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

NATO Bakal Ke Laut China Selatan, Dipercayai Kembangkan Pengaruh

Nurhanis
nato laut china selatan
Gambar: Sputnik/Voa

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilaporkan akan membuat ‘sempadan pertahanan’ baharu merentasi Laut China Selatan dalam masa terdekat untuk mengembangkan pengaruhnya ke Indo-Pasifik, lapor Sputnik.

Perkara itu disahkan Menteri Luar Negeri Rusia, Sergey Lavrov apabila beliau menyentuh siri topik yang luas dalam sidang akhbar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.

Difahamkan, topik ‘kemaraan’ NATO ke Laut China Selatan tersebut merupakan salah satu agenda yang ingin disampaikan beliau dalam sidang media itu.

“Mereka mengumumkan bahawa NATO komited terhadap keselamatan Indo-Pasifik, bermakna barisan pertahanan NATO seterusnya akan ditarik ke Laut China Selatan.

“Saya tidak ragu-ragu mengenainya,” katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung PBB.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan mengenai pakatan ketenteraan tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US) atau AUKUS tahun lalu.

Katanya, pakatan tiga hala tersebut adalah bertujuan untuk memajukan serta membantu kepentingan NATO di rantau itu.

Ujarnya, tindakan NATO tersebut meletakkan blok tentera dalam laluan pertembungan dengan China.

Sumber: Sputnik