Siakap Keli
ada lalat dalam nasi goreng
Gambar: Mohd Noor Azam Ateh

Ada Lalat Dalam Nasi Goreng, Pelayan Ni Sengaja Tinggal Hidangan ‘Tercemar’ Atas Meja Bagi Pelanggan Nampak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ada Lalat Dalam Nasi Goreng, Pelayan Ni Sengaja Tinggal Hidangan ‘Tercemar’ Atas Meja Bagi Pelanggan Nampak

Kedai makan atau gerai makan di luar sudah sebati dalam budaya rakyat Malaysia lebih-lebih lagi selepas kedai itu tular di media sosial. Seperti yang dapat dilihat di kebanyakan tempat, ramai peniaga membuka gerai dan restoran mereka di tepi atau bersebelahan jalan.

Sekiranya kita melangkah ke kedai makan di luar, aspek kebersihan menjadi keutamaan kerana ia melibatkan kesihatan tubuh badan.

Sesetengah kedai yang dikunjungi ramai pelanggan terlalu mengejar waktu sehingga melupakan aspek lain seperti kebersihan dan kebajikan pelanggan.

Dalam satu perkongsian oleh Mohd Noor Azam Ateh baru-baru ini di Facebook, beliau telah berkunjung ke sebuah kedai makanan dan berkongsikan satu pengalaman yang tidak terfikir olehnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Nampak makanan di atas meja itu?

Itu nasi goreng USA saya yang ada seekor lalat di dalamnya.

Ceritanya begini.

“Eh, makanan sudah sampai. Alihkan telefon dan beg!” kata saya kepada anak dan isteri. Perut lapar kerana baru pulang dari Cameron Highlands.

Nasi goreng ayam dan paprik diberikan kepada anak dan isteri oleh pekerja. Tiba giliran saya, saya hulurkan tangan mahu membantu pekerja tersebut.

“Kejap, tengok ni.” jari telunjuknya menghala ke pinggan nasi goreng USA saya.

“Eh, ada lalat.”

Sekejap ya. Dia membawa pinggan itu menuju ke dapur. Dalam hati terdetik firasat nakal.

Gambar: Mohd Noor Azam Ateh

“Ini nanti dia buang sahaja lalat tu. Selepas itu diberi saya makan.” jahatnya pemikiran saya. Haishh.

Tapi saya silap.

Pinggan itu sengaja ditinggalkan di atas meja yang kami boleh nampak. Pekerja itu kemudiannya ke dapur dan menjerit, “Minta satu lagi nasi goreng USA!”

People’s Skill menjaga pelanggan. Dia bukan meletakkan pinggan yang ada lalat tetapi KEPERCAYAAN dan saya nampak itu.

Setelah nasi goreng USA saya dihantar ke meja, baru pinggan tadi diangkat dan dibawa ke dapur.

Hebat layanannya. Kami pasti datang lagi!

Sumber: Facebook Mohd Noor Azam Ateh 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?