Siakap Keli
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi disahkan meninggal dunia
Gambar: Facebook Yusuf Al-Qaradawi

Ulama Tersohor, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

Ulama tersohor dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi disahkan meninggal dunia sebentar tadi pada usia 96 tahun menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Dalam kenyataan tersebut, berita mengenai pemergian cendiakawan Islam tersebut dimaklumkan di platform media sosial berkenaan.

“Yang mulia Imam Yusuf Al-Qardawi telah kembali ke rahmatullah. Beliau yang telah mengabdikan dirinya dalam syariat Islam dan membela bangsanya. Kami berdoa agar Allah mengangkat darjat dan menerima amalan solehnya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang beriman.” tulis Facebook rasminya.

Beliau dipercayai meninggal dunia pada petang tadi dan majlis pengebumian serta lokasi masih belum dimaklumkan.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi atau nama sebenarnya Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf merupakan seorang ulama yang terkenal di seluruh dunia.

Lahir pada tahun 1926 di sebuah perkampungan di Desa Shafat at-Turab di Mesir. Beliau merupakan lulusan pelajar di Universiti di al-Azhar di Kaherah Mesir.

Sepanjang perjalanan hidup Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, beliau banyak memegang jawatan termasuklah Presiden Al-Ittihad al-Alami li-Ulama’ Muslimin atau dikenali sebagai Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Kehilangan permata seperti beliau merupakan satu pemergian yang amat besar buat para umat Islam di dunia.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Rasmi الشيخ يوسف القرضاوي

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?