Siakap Keli
Sesat 2 Hari Ketika Ikut Ibu Bapa Daki Gunung
Kredit Detik.com

Sesat 2 Hari Ketika Ikut Ibu Bapa “Hiking”, Budak 3 Tahun Ditemui Alami Hiportemia

Sesat 2 Hari Ketika Ikut Ibu Bapa “Hiking”, Budak 3 Tahun Ditemui Alami Hiportemia

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Minahasa Tenggara Sulawesi Utara dilaporkan mengalami hiportemia setelah tersesat selama dua hari selepas ibu bapa mangsa membawanya mendaki gunung.

Menurut Detik, mangsa ditemui telah tersesat bersama tujuh lagi pendaki dewasa di Gunung Soputan yang turut serta dalam pendakian itu.

“Pasukan SAR gabungan menemui mangsa di tepi jalan sedang berehat kerana kanak-kanak tersebut mengalami gejala hipotermia,” kata Ketua Basarnas Manado Mone Brury dalam satu kenyataan.

Monce berkata, mangsa dan tujuh pendaki dewasa itu pada awalnya dilaporkan hilang pada hari Ahad 25 September lalu. Pasukan SAR kemudiannya dikerahkan untuk mencari mangsa dengan kadar segera.

“Satu pasukan penyelamat bergerak pantas kerana terdapat seorang kanak-kanak yang masih kecil menyertai pendakian itu,” katanya.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat SAR hanya menemui pendaki yang tersesat itu sekitar jam 8.00 pagi Isnin lalu. Monce mengesahkan bahawa kesemua pendaki gunung yang tersesat itu ditemui dalam keadaan sihat.

“Pasukan SAR segera memindahkan mangsa dan kanak-kanak itu dengan menggunakan motosikal untuk dibawa turun dari kawasan pendakian itu, memandangkan kanak-kanak tersebut mengalami gejala hipotermia. Kesemua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat,” kata Monce lagi.

Difahamkan, pendaki yang tersesat itu masing-masing berumur antara 18 hingga 27 tahun. Termasuk kanak-kanak yang masih berusia tiga tahun itu.

Sumber: Detik.com

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka