Siakap Keli
Beri Surat "Warning" Suruh "Stop" Bising
Gambar : Mirror

Bising Di Pagi Ahad, Jiran Nekad Beri Surat “Warning” Suruh “Stop” Bising Atau Lapor Polis 

Bising Di Pagi Ahad, Jiran Nekad Beri Surat “Warning” Suruh “Stop” Bising Atau Lapor Polis 

AUSTRALIA – Seorang bapa telah menerima nota amaran dari jirannya kerana anak-anaknya didakwa menghasilkan bunyi bising yang menganggu ketenteraman jiran-jiran, lapor Mirror.

Difahamkan pada malam tersebut, pasangan suami isteri itu telah keluar untuk menguruskan perkara penting dan meminta pertolongan mertuanya untuk menjaga anak-anaknya.

Bagaimanapun keesokan harinya, bapa mertuanya menerima nota daripada salah seorang jirannya.

Isi kandungan nota tersebut meminta mereka mempertimbangkan bunyi bergerak dan menuduh kanak-kanak itu membuat bising.

Bapa tersebut menyatakan bahawa anak-anaknya merupakan “anak-anak yang baik” dan tidak akan menjerit tanpa sebarang sebab.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa orang ramai perlu faham bahawa kanak-kanak mempunyai tenaga yang kuat.

Menerusi laman sosial Reddit, bapa itu berkongsi gambar nota yang diterima dan menyatakan bahawa ibu mertuanya sangat kecewa atas kejadian itu.

Gambar : Mirror

Nota itu berbunyi seperti berikut:

“Kami semua berhak mendapat keamanan di pangsapuri kami. Hari ini pelawat anda telah menjerit, mengheret mainan dengan kuat dan mengganggu ketenteraman.

“Awak tinggal di perumahan dengan jiran yang ramai. Kami juga mempunyai anak-anak dan mereka pergi ke taman apabila mereka perlu membuat bising. Awak pun boleh.”

“Saya hanya mahukan hari yang tenang di apartmen saya tetapi tidak boleh melakukannya kerana anak-anak awak tidak diawasi. Kurang mengambil kira orang lain.”

“Jika perkara ini berterusan saya akan mempertimbangkan untuk menghubungi strata dan polis kerana kami mempunyai hak. Tidak perlu menjerit. Terima kasih. Hari Ahad merupakan hari rehat kami.”

Gambar nota itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Rata-rata menganggap bahawa mesej itu terlalu melampau manakala yang lain bersimpati dengan jiran itu kerana tidak mendapat kedamaian dan ketenangan pada pagi Ahad.

“Kanak-kanak menjerit memang menyebalkan tetapi ini nampaknya melampau jika ia sekali sahaja dan anak-anak sebenarnya tidak tinggal di sana.” komen dari pengguna Reddit.

“Kami tinggal di sebuah apartmen bersama cucu berusia empat tahun. Kami tidak membiarkan cucu menjerit, berlari mengelilingi dengan kuat atau menghentam benda-benda di atas lantai. Itu adalah benda asas.”

“Perkara ini sama dengan bunyi anjing menyalak, menjerit, muzik yang kuat, dan hentakan serta dentuman. Jangan lakukannya.”

“Halang tetamu semua peringkat umur daripada melakukannya.”

Sumber : Mirror

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Anis Annisa