Siakap Keli
perdana menteri arab saudi
Kredit: Shutterstock & AFP

Rombakan Kabinet Arab Saudi: Raja Salman Lantik Putera Mahkota Sebagai Perdana Menteri

Raja Arab Saudi, Raja Salman melantik Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri Arab Saudi, yang merupakan sebahagian daripada rombakan kabinet pada Selasa lalu, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Bukan itu sahaja, malah di bawah perutusan diraja yang dikeluarkan oleh Salman, Putera Khalid bin Salman akan menjadi Menteri Pertahanan semasa kabinet kerajaan kabinet dirombak, SPA menambah.

Rombakan ini juga menyaksikan perlantikan Yousef bin Abdullah Al-Bunyan sebagai Menteri Pendidikan.

Sementara itu, terdapat menteri-menteri yang masih  mengekalkan jawatan mereka seperti Putera Abdulaziz bin Salman (Menteri Tenaga),  Putera Faisal bin Farhan (Menteri Hal Ehwal Luar Negara), Khalid bin Abdulaziz Al-Falih (Menteri Pelaburan), Putera Abdulaziz bin Saud (Menteri Dalam Negeri) dan Mohammed bin Abdullah Al-Jadaan (Menteri Kewangan).

Gambar hiasan | Kredit: SABIC

Selain itu, Putera Abdullah bin Bandar juga kekal sebagai Menteri Pengawal Kebangsaan, Walid Al-Samaani mengekalkan posisinya sebagai Menteri Keadilan, manakala Abdullatif bin Abdulaziz Al Al-Sheikh pula kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Islam.

Seterusnya, Putera Badr bin Abdullah bin Farhan masih kekal sebagai Menteri Kebudayaan dan Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal masih memegang portfolio beliau sebagai Menteri Sukan.

Bagi jawatan Menteri Haji dan Umrah, ia masih dipegang oleh Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, sementara Menteri Perdagangan masih mengekalkan Majid bin Abdullah Al-Qasabi sebagainya penjawatnya.

Di samping itu, terdapat beberapa jawatan lagi yang masih mengekalkan penjawatnya seperti Menteri Industri dan Sumber Asli (Bandar bin Ibrahim Al-Khorayef), Menteri Pelancongan (Ahmed Al-Khateeb), Menteri Ekonomi dan Perancangan (Faisal bin Fadhil Alibrahim) dan Menteri Kesihatan (Abdulrahman Al-Jalajel).

Akhir sekali, SPA melaporkan bahawa sebarang sesi kabinet kerajaan Arab Saudi yang dihadiri oleh Raja Salman, akan kekal dipengerusikan oleh Raja sendiri.

Gambar hiasan | Kredit: Arab News

Sumber: Arab News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma