Siakap Keli
Takut Rahsia Terbongkar Oleh Isteri Lelaki "Selit" Duit
Gambar: @jawashitpost Via Merdeka.com

Lelaki Selit Duit & Minta Pekerja Kedai Jangan Baiki “Phone” Dengan Betul, Takut Ada Rahsia Diketahui Isteri

Lelaki Selit Duit & Minta Pekerja Kedai Jangan Baiki “Phone” Dengan Betul, Takut Ada Rahsia Diketahui Isteri

Tidak mahu rahsianya terbongkar kepada isteri, seorang lelaki sanggup bertindak di luar pemikiran apabila menyelit sejumlah wang pada bahagian dalam sebuah telefon bimbit yang dibaiki di kedai, lapor Merdeka.com.

Perkara itu disedari oleh seorang tukang baiki telefon selepas membuka bahagian peranti berkenaan sebelum mendapati terdapat wang bernilai RM45 di dalamnya.

Apa yang lebih menarik lagi, di atas wang tersebut turut disertakan sekeping nota pesanan untuk pemilik kedai telefon itu.

“Encik, jangan baiki telefon itu dengan betul. Nanti isteri saya yang akan ambil telefon. Dia akan periksa telefon ini.

“Sebagai tanda terima kasih kepada encik, ada duit di bawah nota ini (simbol senyum),” tulis nota itu.

Pemilik kedai terbabit yang melihat isi nota itu tersentak dengan permintaan yang diterima daripada pelanggannya ekoran tidak mahu peranti itu dibaiki dengan betul.

Perkara itu kemudiannya tular di media sosial Twitter dengan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet sejurus gambar tersebut dimuat naik.

“Apa lagi Ya Allah,” tulis pemilik kedai menerusi Instagram story miliknya.

Takut Rahsia Terbongkar Oleh Isteri
Gambar: Merdeka.com

BACA JUGA: Sungai-Sungai Dunia Semakin Kering, Banyak Tinggalan Kerajaan Purba Muncul Dari Dasar

Sumber: Merdeka.com

BACA JUGA: Rahsia Kek Tingkat Tak Tunggang-Langgang Ketika ‘Delivery’, Bekas Arkitek Kongsi Solusi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?