Siakap Keli
Russia Ambil Alih Empat Wilayah Ukraine
Gambar via The Moscow Time

Rusia Umum Ambil Alih Empat Wilayah Ukraine Didudukinya Secara Rasmi Esok

Rusia Umum Ambil Alih Empat Wilayah Ukraine Didudukinya Secara Rasmi Esok

Jurucakap Vladimir Putin memaklumkan Rusia secara rasmi akan mengambil alih empat wilayah Ukraine yang didudukinya esok, lapor AFP hari ini.

Dmitry Peskov berkata, acara menandatangani kemasukan empat wilayah tersebut ke dalam Rusia akan diadakan di Dewan Georgia di Kremlin. Putin dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dijangka akan menghadiri acara tersebut.

Empat wilayah Ukraine yang diduduki Rusia ketika ini selepas melancarkan operasi ketenteraan khusus ke atas negara itu Februari lalu adalah Lugansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia.

Terdahulu, Rusia melaksanakan satu referendum di empat wilayah itu bagi memungut suara penduduk tempatan untuk menyertai negara tersebut. 

Rusia mendakwa hasil referendum yang dilaksanakan oleh pihaknya itu menunjukkan majoriti penduduk-penduduk di empat wilayah berkenaan bersetuju menjadi sebahagian daripada negaranya.

Keempat-empat pemimpin wilayah tersebut difahamkan telah berada di Moscow dan dijangka akan bersua muka dengan Putin tidak lama lagi. Langkah itu dibuat setelah lapan tahun Moscow merampas Crimea dari Ukraine, yang membukan jalan kepada konflik berterusan antara kedua-dua negara.

Barat dalam responnya sebelum ini memberi amaran kepada Rusia untuk tidak meneruskan usaha tersebut dan G7 turut bertegas pihaknya tidak akan mengiktiraf apa pun keputusan yang dicapai melalui referendum berkenaan.

Sementara Ukraine telah memintan bantuan ketenteraan tambahan daripada sekutunya sebagai tindak balas.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: AFP

Faiz Mustafa