Siakap Keli

Dah 10 Tahun Niaga Tapi Masih Tak Kaya? Peniaga Luar Bandar Kena Buat Cara Ni Kalau Nak Untung Lebih RM10k Sebulan

Perniagaan merupakan salah satu cara bagi seseorang untuk mendapatkan pendapatan sama ada secara harian, mingguan ataupun bulanan. Ramai yang telah menceburi bidang perniagaan yang berjaya dan telah dikenali ramai. Tidak kurang juga, ada peniaga bertungkus-lumus memasarkan produk mereka agar habis terjual. Ini kerana ada juga golongan peniaga yang telah berniaga lama tapi masih berada di tahap yang sama.

Seperti contoh, seorang peniaga telah menjual produk yang sama selama lebih 10 tahun. Memang boleh dikatakan ianya cukup untuk menampung perbelanjaan hidup mereka, namun adakah tujuan dia berniaga pada awalnya hanya untuk menampung keperluan hidup atau untuk meningkatkan taraf hidup. Sekiranya hendak meningkatkan taraf hidup, sudah pasti perlu ada satu inisiatif paling berkesan untuk memajukan perniagaan tersebut.

Perkara sebegini boleh dikaitkan dengan peniaga di luar bandar yang mungkin sudah selesa dengan pendapatan mereka. Namun, tidakkah teringin mempunyai untung lebih RM10 ribu dalam masa satu bulan. Memang rezeki itu milik Allah, tapi sebagai manusia boleh berusaha semampu boleh untuk mendapatkannya. Salah satu caranya ialah cuba meningkatkan gaya perniagaan agar setanding dengan usahawan di bandar.

Namun, mereka juga memerlukan pendedahan dan latihan bagi bersaing atau meningkatkan taraf ekonomi setanding dengan usahawan di bandar. Bertepatan dengan perkara ini, para usahawan di luar bandar yang mahu meningkatkan taraf ekonomi perniagaan mereka boleh mendapatkan segala input ataupun pendedahan melalui satu program yang bakal dianjurkan pada hujung minggu ini.

Mini Karnival Usahawan Desa @ Limbang

Peniaga di luar bandar sebenarnya boleh memanfaatkan peluang dan juga menaik taraf ekonomi melalui penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa, Limbang, Sarawak bermula 30 September sehingga 2 Oktober 2022. Karnival yang bertempat di Kompleks Sukan Limbang, Sarawak ini melibatkan 4 agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) iaitu MARA, FELCRA, KEMAS, RISDA dan juga penglibatan dari bahagian-bahagian di bawah KPLB seperti Pembangunan Ekonomi Komuniti (EK).

Tiga Objektif KUD Limbang Bantu Peniaga Luar Bandar

Program yang dijangka menerima kira-kira 5,000 pengunjung bagi setiap hari ini dilihat mampu memulihkan ekonomi terutama untuk usahawan luar bandar menerusi inisiatif di bawah KPLB dan Agensi.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk mempromosi kemudahan serta insentif yang disediakan Kementerian dan agensi untuk membantu kembangkan perniagaan usahawan luar bandar. Selain itu, program ini juga untuk mempromosi dan menjadi salah satu medium untuk wujudkan akses pasaran produk atau perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli.

Objektif ketiga KUD Limbang ini juga adalah untuk meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar.

Pengisian Program KUD Limbang

Antara pengisian program selama tiga hari ini adalah seperti penyampaian Geran Skim Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) oleh Premier Sarawak. Selain itu, ada 100 lebih usahawan dari pelbagai kategori seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, kraftangan dan pertanian akan memasarkan produk mereka di sana.

Penganjuran KUD Limbang juga akan dihiasi dengan pameran dari KPLB, agensi dan anak syarikat untuk tatapan pengunjung. Selain itu, pengunjung terutamanya usahawan luar bandar boleh mendapatkan pelbagai input menerusi pameran tersebut.

Bagi pengunjung yang lain, pelbagai lagi aktiviti menarik seperti forum perdana, persembahan artis, Fun Ride, Kursus Pembangunan Modal Insan, pameran kucing, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Berbeza dengan KUD yang lain, zon industri sukan akan mengetengahkan pertandingan dart, Aerobaton, E-Sport(PUBG & Mobile Legend). Ada juga demonstrasi Jump Rope & Dogdeball untuk tontonan umum dan juga jualan barangan sukan di sana.

Baucar RM15,000

Apa yang paling menarik, Program Mini KUD @ Limbang, Sarawak ini juga akan dimeriahkan lagi dengan penggunaan baucar penggalak jualan yang berjumlah RM15,000 yang diberikan secara percuma kepada pengunjung untuk memeriahkan lagi jualan usahawan yang menyertai program kali ini.

Menurut Timbalan Menteri KPLB, majlis perasmian penutupan dijangka akan disempurnakan oleh Menteri KPLB Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 2 Oktober. Menteri juga akan menyampaikan geran Skim Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) serta menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah yang berupakan sebuah motosikal.

Setelah ditelusuri pengisian Program Mini KUD @ Limbang, Sarawak, pelbagai input yang peniaga khususnya di luar bandar boleh ambil dan dipraktikkan di dalam perniagaan mereka. Dengan meningkatkan taraf ekonomi perniagaan dan merebut peluang yang ada, sedikit sebanyak boleh membantu peniaga untuk meningkatkan keuntungan bulanan sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Sekiranya mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai penganjuran ini, anda boleh layari Facebook KPLB.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa