Siakap Keli
Kredit: Keluarga.my & Facebook

Anda Isteri Yang Kuat Merajuk? Dr. Fadzilah Kamsah Pesan Kena Buat 10 Perkara Ini

Kita selalu medengar kawan-kawan kita mengeluh mengenai isteri mereka. Salah beli ikan, merajuk. Lupa hari ulang tahun perkahwinan, isteri menunjukkan reaksi ‘tak nak layan’. Kadang-kadang, pihak suami pun tak tahu apa yang dirajukkan dan mereka perlu menggunakan ‘telepati’ untuk mengenai salah apa yang mereka lakukan.

Mungkin sifat semulajadi wanita yang menjadikan naluri mereka sangat sensitif dan emosi mereka boleh berubah dalam sekelip mata. Akan tetapi, adakah ini tiket atau salah satu cara bagi pihak isteri, untuk terus ‘menang’ dalam apa-apa konflik?

Sebagai kaum Hawa yang sudah berumahtangga, kita tidak akan lari daripada merajuk. Pihak suami juga boleh merajuk tetapi berdasarkan pemerhatian, kekerapannya sangat rendah.

Walau bagaimanapun, kalau kita terlalu kuat merajuk, nescaya benda ini akan membuatkan orang suami, bukan setakat suami anda merasa tidak gembira dan tidak selesa ketika bersama kita. Adakah anda mahu suami dan orang lain di sekitar merasai situasi tersebut?

Jika anda rasa anda terlalu cepat merajuk, pakar motivasi terkenal Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sudah memberikan solusi kepada anda menerusi hantaran Facebook. Berikut merupakan 10 perkara yang perlu dilakukan jika anda kuat merajuk:


Gambar hiasan | Gambar via Keluarga.my

Para isteri yang kuat merajuk kena buat sepuluh perkara ini:

1. Kenal pasti punca yang menyebabkan kamu marah. Adakah sebenarnya kamu terlalu sensitif, tertekan, rasa tidak dihargai, rasa di ambil hak atau apa. Selepas mengetahui punca, mudah kita cari jalan penyelesaiannya.

2. Kena memenuhi segala suruhan Allah SWT. Buat apa yang Dia redha dan jauhi apa yang Dia larang. Jika hubungan kita dengan Allah dijaga dengan baik, InsyaAllah, hubungan kita dengan suami juga lebih baik.

3. Buat peraturan di rumah. Apabila suami marah, kita berdiam dan bersabar. Apabila kita pula marah, suami berdiam, sabar dan cuba pujuk kita. Mengalah tanda orang itu hebat dan matang.

4. Ubat hati yang selalu marah dan merajuk ini dengan solat taubat, istighfar, baca Al-Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, kongsi rezeki dengan kawan-kawan dengan cara belanja makan.

5. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami rasa serba salah dan tertekan. Apabila timbul saja rasa cemburu ini, terus minta Allah selamatkan rumahtangga kita dan kurangkan rasa cemburu ini agar berpada-pada.

6. Amalan harian terbaik yang isteri solehah boleh lakukan adalah solat taubat, istighfar 70 kali, solat hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran tetangga kita.

7. Redakan marah suami dengan berhikmah. Jangan terus menjawab walaupun kamu rasa betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumah tangga jadi hancur apabila suami isteri sama-sama ego.

8. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, cakap yang baik-baik dan sentuh dengan mesra ketika kalian nak pergi kerja dan balik kerja.

9. Elakkan daripada menjadi queen control. Jangan membelakangkan suami untuk apa juga tindakan. Perlu sentiasa rujuk dan minta pandangan suami sebagai tanda kamu menghormatinya.

10. Jagalah rahsia suami. Ada isteri tanpa sedar tercerita keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa besar.

Para isteri yang Tok Abah sanjungi,

Jadilah isteri yang solehah dan taat pada suami tersayang. Jika dia ada kelemahan, perbaiki sama-sama. Jangan pernah marah dan selalu merajuk kerana akhirnya suami akan penat dan cepat bosan.

Kena saling bertoleransi dan membina keharmonian dalam rumahtangga ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Jadilah isteri solehah

Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma