Siakap Keli
rusuhan bola indonesia
Gambar: AFP

Rusuhan Stadium Sehingga 125 Nyawa Terkorban, Arema FC Didenda RM 75 Ribu

Pihak Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengenakan denda sebanyak RM75,950 kepada pasukan bola sepak Arema FC berikutan tragedi maut yang tercetus di Stadium Kanjuruhan, Malang beberapa hari lalu.

Selain itu, antara denda lain yang dikenakan adalah kelab berkenaan tidak dibenarkan menganjurkan sebarang perlawanan bola sepak di bandar tersebut sehingga tamat musim ini.

Manakala dua pegawai Arema FC turut digantung tugas dan tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berkaitan bola sepak seumur hidup. Dua pegawai yang terbabit adalah Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur Arema dan seorang lagi pegawai yang bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan keselamatan.

Insiden rusuhan yang berlaku apda Sabtu itu di Stadium Kanjuruhan di Indonesia itu telah mencatatkan angka korban lebih dari 120 orang. Ia tercetus apabila penyokong bertindak memasuki tengah padang hingga menimbulkan suasana yang huru-hara.

Tindakan penyokong menyerbu masuk padang dipercayai berpunca daripaa rasa tidak puas hati dengan aksi tuan rumah dimana Arema FC tewas 2-3 dalam perlawanan tersebut, menentang Persebaya Surbaya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila pegawai keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata menyebabkan ribuan penyokong berpusu-pusu untuk keluar dari stadium hingga ada yang terkorban dan lebih kurang 323 cedera.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Tribun News

Faiz Mustafa