Siakap Keli
pegawai bank keluar ambil cap jari
Tangkap Layar Tiktok

Tindakan Pegawai Bank Keluar Ambil Cap Jari Ibu Pesakit Strok Di Kereta Buat Ramai Sebak

Tular di media sosial satu video mengenai seorang pegawai bank yang sanggup keluar dari bank untuk mendapatkan cap jari pesakit strok dalam kejadian di Machang, Kelantan baru-baru ini.

Situasi menyentuh hati itu dirakam dan dikongsikan di media sosial oleh seorang wanita iaitu anak kepada pesakit strok berkenaan sehingga mendapat pujian warganet mengenai sifat kasih pegawai bank berkenaan.

Difahamkan pada asalnya kedua beranak itu menuju ke sebuah bank cawangan dengan tujuan untuk mengeluarkan duit kepunyaan si ibu yang sudah lama disimpan.

Namun semasa tiba di perkarangan bank, wanita tersebut menyedari dia hanya membawa kad pengenalan ibunya versi salinan dan bukan versi sebenar original sehingga membuatkan dirinya panik.

“Datang bank bawa mak yang strok, nak keluarkan duit mak tapi tertinggal kad IC pula,” ujarnya.

Difahamkan, proses untuk mengeluarkan duit simpanan bagi pihak ketiga memerlukan kad pengenalan yang asli sekiranya pihak itu tidak dapat hadir semasa hari kejadian.

Justeru wanita tersebut yang menggunakan nama akaun Tiktok @s..nass, ujarnya dia perlu memakan masa selama dua jam perjalanan jika mahu pulang untuk ambil kad pengenalan sebenar di rumah.

“Ada IC copy je, nak balik rumah ambil kad IC jauh ambil masa dua jam pula,” katanya menerusi Tiktok itu.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada pihak bank dan berharap mereka dapat memberi kerjasama untuk memudahkan urusan.

Pada akhirnya, pegawai bank yang bertugas bertolak ansur dan memutuskan untuk keluar sendiri dan menuju ke kereta wanita itu untuk mengambil cap jari si ibu pesakit strok berkenaan.

“Tapi dengan jasa baik budi bicara pihak bank, Alhamdulillah boleh.

“Pegawai bank datang ke kereta ambil cap jari mak, settle,” katanya lagi.

Video yang memaparkan sifat tolak ansur pegawai bank itu telah meraih tontonan sebanyak 262,000 kali setakat artikel ini ditulis dan tular di media sosial hingga menjadi perbualan ramai.

Warganet memuji sifat yang ditunjukkan oleh pegawai bank tersebut kerana sanggup bertolak ansur untuk memudahkan urusan seorang pesakit strok.

“Alhamdulillah, menjadi contoh yang baik. Tahniah,” kata Fauziah Senawi851.

“Ini baru betul datang ke kereta, bukan yang sakit terpaksa bawa masuk sekali dengan katil. Harus memiliki hati yang memahami sesama sendiri,” ujar salah seorang yang meninggalkan komen.

Wanita tersebut berasa terharu dan berterima kasih kepada pegawai bank berkenaan kerana mempunyai perasaan yang memahami terhadap ibunya yang sakit.

@s..nass

terima kasih #cimbmachang memudahkan urusan kami #allahsayang #syukurselalu

♬ Cinta Bukan Hanya Harapan – ADE

Sumber: Tiktok / @s..nass

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana