Siakap Keli
pegawai terbunuh kanjuruhan dinaikan pangkat
Gambar: Orang Awam via Bernama

Tragedi Rusuhan Bola Indonesia: 33 Daripada 125 Yang Meninggal Adalah Kanak-kanak, Paling Muda 4 Tahun

33 Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dalam Tragedi Kanjuruhan, Ada Yang Baru Berusia 4 Tahun

Seramai 33 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi rusuhan Kanjuruhan baru-baru ini sebaik sahaja perlawanan bola sepak Arema FC menentang Persebaya selesai, yang secara keseluruhan meragut sehingga 125 nyawa.

Timbalan Perlindungan Khas Kanak-Kanak di  Kementerian PPPA, Nahar berkata, daripada 33 kanak-kanak yang maut tersebut, lapan daripadanya merupakan kanak-kanak perempuan dan berusia lingkungan 4 hingga 17 tahun.

“33 kanak-kanak meninggal itu terdiri daripada lapan perempuan dan 25 lelaki dan usia mereka berada dalam lingkungan empat hingga 17 tahun,” jelasnya. 

Walau bagaimanapun, punca yang menyebabkan kematian ratusan mangsa tragedi tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Menurut khabar angin, kematian mereka dipercayai berpunca daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pegawai keselamatan menyebabkan orang ramai berhimpit-himpit untuk keluar dari stadium kerana panik. 

Faktor lain adalah mungkin disebabkan oleh penutupan pintu ketika penonton bersesak untuk keluar daripada stadium tersebut. Dalam pada itu, dakwaan ini masih lagi berada dalam siasatan bersama pasukan penyiasat khas (TGIPF) yang telah dibentuk oleh kerajaan. 

Menurut laporan, seramai 125 orang telah maut dalam tragedi Kanjuruhan, namun ada kemungkinan jumlah mangsa akan bertambah kerana masih ramai lagi mangsa yang cedera parah dirawat di hospital. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

Sumber: Kompas.com

Faiz Mustafa