Siakap Keli
Gambar: Thaiger

Lelaki Dakwa Katak Emas Berkaki Enam Peliharaannya Bawa Tuah

Lelaki Dakwa Katak Emas Berkaki Enam Peliharaannya Bawa Tuah

Kehadiran seekor katak berkaki enam dan berwarna emas di Phayao, Thailand dikatakan telah mengubah nasib seorang lelaki Thai menjadi semakin baik hampir lebih daripada setahun.

Memetik laporan Thaiger, katak unik tersebut telah melompat ke dalam rumah Somboon Tuakrua di daerah Mueang setahun lalu.

Somboon yang berusia 50 tahun itu berkata bahawa, haiwan jenis amfibia itu sangat jinak dan tenang, jadi beliau menangkap dan meletakkan katak tersebut di dalam perigi yang ada di tamannya dan menjadikan tempat tersebut sebagai rumah baharu katak itu.

Jelasnya, ketika dia memelihara katak istimewa itu dengan baik, dia dikatakan menerima kehidupan yang semakin baik berbanding dahulu.

Gambar: DailyStar

Tambahan lagi, Somboon mendakwa kemenangan beliau dalam perjudian secara berturut-turut adalah disebabkan oleh penggunaan nombor ‘enam’ yang melambangkan jumlah kaki yang ada pada katak emas itu.

Katak yang membawa tuah kepada Somboon itu bukan sahaja dikatakan unik kerana mempunyai enam kaki tetapi juga boleh berubah warna kepada hijau dan emas.

Dalam pada itu, pada bulan Julai lalu, seekor ayam berkaki empat telah mencuri perhatian ramai orang di Big Bum Farm bertempat di wilayah Nong Khai, timur laut Thailand.

Berita mengenai keganjilan ayam yang berkaki empat itu tersebar meluas sehingga ada yang percaya sesiapa sahaja yang melihat ayam tersebut akan mendapat nasib yang baik.

Sumber: Thaiger

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Noorliyana Ishak